Putrajaya: Imam Besar Masjid Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi Bin Hashim menyatakan dia tidak redha akan perbuatan orang kita yang merakam dan menviralkan video itu.
Katanya, siapa yang tahu tolong sampai pada siapa berkenaan, saya pun malas nak cakap banyak, itulah orang kita, dia dah lambat duk je depan pagar tu, kenapa tak balik, lepas tu nak rakam viralkan lagi, nak saya maafkan datang jumpa saya, saya tidak redha akan perbuatan itu, tambahnya.
Terdapat kouta kata beliau, mengikut sop setakat ini seramai 300 orang dibenarkan berjemaah dimana 90% darinya adalah orang awam seramai 270 orang, lagi 30 orang untuk VIP.
Kouta 10% diadakan kerana ia adalah masjid kerajaan dan bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri, tolong jangan marah saya kami hanya bagi peluang pada VIP yang berjawatan Pengarah ke atas, katanya.
Tambahnya lagi, kouta 30 orang itu juga telah diberi nama dahulu sebagai kouta VIP.
Itu hak dia, tak boleh pertikai memang la dia dapat masuk, yang lambat kenapa tak nak balik lagi.
Pencerahan terus ke minit 30
Tular sebuah video orang kenamaan diberi masuk dan orang awam dibiar di luar pagar. Perkara itu telah mencetuskan kemarahan netizen yang luah rasa kecewa kerana membeza-bezakan layanan terhadap seseorang ataupun individu.
Layanan kayangan ini seharusnya tidak berlaku seperti yang tular pada video berdurasi 1 minit itu.
Encik Ahmad Marzuk berkata selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaharu prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid.
“SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.
“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.
0 Comments