Shah Alam dilanda banjir kilat teruk

Shah Alam dilanda banjir kilat teruk

 


Shah Alam -  Seksyen 4, 7, 9, 10, 13, 22, 24 dan sekitar dilanda banjir kilat teruk pada semalam.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.07 petang.


Menurutnya, seramai sembilan anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi kejadian pada jam 5.17 petang.


“Pihak bomba mendapati kawasan sekitar stadium tersebut dinaiki air setinggi 1.22 meter di beberapa kawasan dan menyebabkan sebuah kenderaan terkandas di sana.


“Bagaimanapun pemandu kereta terbabit berjaya menyelamatkan diri dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.


Sumber: Nurdin Omar

Post a Comment

0 Comments