Suami Kaki Perempuan, Kaki Game Tapi Aku Pernah Mengalah Hanya Disebabkan Anak. Namun Apa Yang Terjadi Kini Dah Buat Aku Give Up

Suami Kaki Perempuan, Kaki Game Tapi Aku Pernah Mengalah Hanya Disebabkan Anak. Namun Apa Yang Terjadi Kini Dah Buat Aku Give Up


Aku budak UIA dan aku dah kawen. Aku kawen dengan suami tecinta lepas 2 tahun kami berkawan. Dalam masa 2 tahun tu aku banyak kali nak putus sebab rasa macam xserasi dan xyakin. Tapi xputus jugak. Dia xnak lepaskan aku. Aku tepikat kat dia jujurnya sebab dia cute. Lepas dah kawan, aku find out yang dia boleh tolerate dengan prangai2 aku. Perempuan kan banyak perangai lagi2 time nak datang bulan. So aku go on je walau hati aku ni was2.


Aku kawen 6 tahun lepas. Sehari lepas aku nikah ada sorang mamat ni msg aku, “Si L tu suami ko kan? Baik ko jaga dia elok2. Luar macam malaikat. Tapi belakang macam sial. Dasar main kayu tiga” aku ingat lagi msg mamat tu cmni. Aku cuak! Pastu aku mula selidik2, tanya kawan2 dia. Tapi sume orang cakap suami aku baik. Jadi aku decide abaikan je.


3 bulan lepas kawen, aku mengandung. Morning sickness aku teruk. Orang lain sampai 3 bulan je. Aku sampai 8 bulan! Asyik nak muntah je kejenya. Lebih menyedihkan, bulan 6 pregnancy, aku terbaca msg fb suami aku dengan perempuan lain! Bercinta! Aku xcari tapi Allah nak tunjuk. Dia lupa logout fb. Makin aku scroll msg2 tu makin aku menyirap xtahan!


Aku xsangka sangat2 suami aku yang nampak baik, nampak alim, soleh kat lua tu betul2 buat aku macam tu! Terus aku teringat msg mamat dulu tu. Aku cuba msg dia malangnya dia xbls. Malam tu, aku xtanya direct ada perempuan lain ke x. Aku nak test dia je.


“U sayang i x”
“Sayang”
“Sayang i sorg jeke”
“Yelah u sorang je. Mana ada orang lain. Nape tiba2 tanya macam ni”
“Nothing, jusk asking”


Tapi dalam hati aku, darah ni mendidih2 sebab dia menipu! Aku baca msg2 dia, penuh sayang2 dengan perempuan tu. Siap nak jadikan number 2 lagi! Helo, hutang kau belambak, duit dapur pun aku yang topap, ada hati nak bini 2!


Aku tahan sangat2 semua perasaan marah sedih geram. Dan buat macam biasa. Esoknya, aku copy segala dan aku simpan. Ni bukti ko curang dengan aku dan aku akan guna satu hari nangi. Xsampai setahun kawen lagi ko da buat perangai! Disebabkan aku dok rumah je sorg2, lama2 pecah juga empangan air mata ni.


4 hari 4 malam aku menanges xberenti! Dan xbercakap 1 patah perkataan pun! Suami asyik tanya kenapa kenapa. Dia cuak. Hari ke 4, aku decide, aku cakap “Lepas lahir baby ni, kita akan duduk asing. U nak buat apa,buat lah. I dah xnak heran”.


Dia sangat2 tepanjat. Dia asyik tanya kenapa. Lastly aku ckp, tengok fb. Bila dia buka fb dia, baru dia tau yang aku da baca msg2 perempuan tu. Dia hanya diam tanpa penjelasan apa2. Minta maaf? Langsung tidak!


Bila aku tanya2 nak minta penjelasan, sama ada dia pura2 tidur atau hanya geleng kepala dan cakap ‘tak’. Macam tu je berhari2. Geram giler tahap gaban suami camni. Bile dah lahir baby ni, aku macam xreti handle sorg2. Yelah first time. Suami banyak tolong mandikan, siapkan baby sume. Bila aku tengok contribution dia, lama2 aku sejuk. Aku maafkan dia dan aku decide utk lupakan je hal2 lama.


Malangnya! Sekali lagi, 3 tahun lepas tu, aku disahkan mengandung anak kedua. Sama juga, 6 bulan kandungan, aku terbaca dia wasap perempuan yang sama! Ya allah aku ingat selama ni dah xde! Rupanya masih berhubung! Suami yang sangat xmalu! Memang kali ni aku nekad lagi. Lahir baby ni aku nak pergi mahkamah terus!


Aku sekali lagi menanges macam orang gile tapi kalini hanya sehari. Aku asyik tanya untuk dia jawab betul2, kalau suka sama suka, kawen je. Aku xnak jadi penghalang. Aku boleh pinangkan untuk dia. Dengan syarat lepaskan aku dulu. Dia asyik geleng tanpa penjelasan dan menanges sama. Waktu dulu juga aku cakap yang sama. Nak pinangkan untuk dia tapi dia xnak.


Namun, nekad hanya tinggal nekad. Aku xpergi2 lagi court sampai sekarang. Baby aku pun dah setahun. Sampai sekarang aku xtau dia dengan perempuan tu mcmana. Tapi aku ada cakap, kalau berlaku lagi sekali aku xkan maafkan dan aku akan terus bagitau mak dia. Mak dia ialah kelemahan dia. Dia memang takut aku bagitau mak dia sebab mak dia mesti akan bash dia hidop2.


Sebenarnya, bukan masalah perempuan je yang buat aku xtahan. Dia juga kaki game online. Pernah ada satu masa dia habiskan beribu untuk naikkan level game dia. Dia asyik cakap xde duit. Sedang aku dan anak aku,bhari2 hanya makan telur, nasi dan kicap. Tiap2 bulan meminjam orang! Sampai bergaduh dengan anak sebab anak nak main dengan dia, dia marah2 jangan kacau dia main game.


Ada satu ketika anak aku tarik seluar dia nak main sama2, tapi dia tepis anak aku sampai terjatuh dan dia terus sambung game tanpa rasa bersalah. Anak aku menangis, dan aku dengan hilang sabar terus baling remote sampai berkecai. Aku bukan jenis baling2 atau meroyan2. Aku jenis simpan,cool dan seboleh2nya berdiplomatik dalam segala urusan. Ye memang merimaskan sebab xblh nak let out. Tapi itulah aku.


Satu hari aku cakap, kalau pinjam orang lagi, main game lagi, habiskan duit lagi, aku baling henfon tu sampai pecah dan kau tengok aku mati. Waktu tu dia pura2 tidur
dan xsangka esoknya, dia berubah. Dah xmain game. Mula tido awal sama2 aku dan anak. Kalau x, aku tido pukul 11 malam, dia tido pukul 3,4 pagi. Banyak kali jugak kami tido asing2.


Malangnya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Sekarang dia dah mula perangai game dia semula. Aku dah xtahan. Sbb bila dia dah start main game, berjam2 mengadap fon dia xkan hirau apa2 yang berlaku keliling. Lagi satu,bila dia dengan fon,aku dah xpecaya game semata. Mesti ada chat dengan prmpn lain.


Selain itu, solat suami mmg xckup 5 waktu. Ye itulah punca segala masalah! Aku banyak kali pesan, jangan xsolat nti kite gaduh lagi. Tp sekali pesan sekali je buat. Lepas tu xbuat. Aku rasa dah xnak jadi penasihat dia lagi.


Banyak lagi unsur2 lain yang buat aku give up dan fed up sebenarnya. Aturnya, famili dia ingatkan aku yang kontrol duit suami dan xbagi suami duit. Aku dengan mak metua memang xbaik sangat sebab kejadian duit hutang yang suami patut bayar, xdibayar. Dulu2 waktu 1 tahun kawen. Aku jenuh pertahankan suami sebab suami aku memang xde duit time tu. Tau mak dia ckp apa?
Ko baru kawen, tapi rumah ko lengkap sume. Mewah!


Ya allah nak tecabut pinggang rasa! Tu duit aku kumpul! Xguna langsung duit anak dia. Duit aku kumpul time kat uia buat partime macam2. Dan banyak sangat barang, mak aku yang sponsor dan hadiah. Mak metua? Bagi periuk 3bijik je! Aku ckup2 terasa! Tp aku amik keputusan untuk diam sebab xnk keruhkan suasana.


Bapak metua aku pulak siap sound, ko orang luar jangan campur urusan rumahtangga aku.
Yang ni aku sentap gile2. Ok fine, aku kawen dengan anak ko, aku panggil ko bapak, tapi ko cakap aku orang luar. Fine, ko hidup la baik2 ngn bini baru ko. Start dari peristiwa2 tu aku memang xnak ada hal or xnak ada isu dengan famili suami.


Sekarang aku dengan suami jarang becakap dan dah xtdo sekali. Aku memang nak sangat ceraikan suami aku. Tapi dia xnak ceraikan aku. Aku banyak kali mintak selesai cara elok. Tp dia xnak. Aku buntu! Aku sangat xtahan dengan habit dia. Bia la perempuan lain yang jadi isteri dia, jaga dia, sayang dia. Aku dah give up! Dah fed up!


Of course aku solat. Aku orang yang sentiasa ingat bahawa xde kuasa ataupun kejadian melainkan Allah yang mengizinkan. Aku org yang sangat yakin dengan Allah.


Tapi yang ni aku dah xboleh tolerate. Aku dah sampai tahap tepu yang tak boleh langsung dipujuk2. Aku nak ceraikan suami aku! Tolong! Macam mana!

Post a Comment

0 Comments