Sudah sebulan pemergian arwah Siti Sarah disebabkan jangkitan Covid-19. Beliau meninggalkan hadiah yang cukup istimewa kepada Syuib sempena hari jadinya yang ke-37 tahun, iaitu zuriatnya yang keempat.
Apa yang lebih mengembirakan Shuib, muka Ayyash Affan iras seperti mukanya. Shuib berasa ia adalah hadiah istimewa yang diberikan isterinya kepadanya.
"Baby yang keempat ni U jaga tau, U jaga, U jaga ok".
Lebih mengharukan, Shuib masih teringat akan kata-kata Sarah yang berulang kali menyuruh Syuib menjaga bayi mereka dengan baik.
Syuib baru sahaja dapat melihat muka dan menyentuh Ayyash Affan pada hari ini. Ayyash, dilahirkan secara pembedahan dalam keadaan pramatang ketika arwah isterinya bertarung melawan Covid-19.
Ayyash dalam keadaan sihat dan beratnya sudah mencecah 2.6kg. Syuib berjanji akan menjaga anak-anaknya dengan baik dan akan menjadi kebanggan isterinya di akhirat kelak.
0 Comments