Tahniah Liek Hou, pingat emas kedua!
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berjaya memenangi pingat emas kedua untuk Malaysia selepas menewaskan lawannya daripada Indonesia di dalam saingan akhir badminton perseorangan SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Cheah Liek Hou berjaya menjinakkan Dheva Anrimusthi yang juga merupakan pemain yang berada di kedudukan ranking nombor 1 dunia dengan straight set.
Biar pun Dheva Anrimusthi cuba untuk bangkit di kedua-dua set, corak permainan yang meyakinkan ditampilkan oleh Cheah Liek Hou itu berjaya menyekat kemaraan jaguh dunia tersebut.
Cheah Liek Hou berjaya menundukkan lawannya dengan mata 21-17 di set pertama dan 21-15 di set yang kedua.
Keluarga Cheah Liek Hou tak dapat menahan air mata meraikan kemenangan pingat emasnya di final perseorangan badminton SU5 tadi. #sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/PwfDdX5EYr
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 4, 2021
Emas kedua π²πΎπ²πΎπ²πΎπ₯π₯
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) September 4, 2021
Tahniah Cheah Liek Hou πͺπͺπ₯π₯@ASTROARENA pic.twitter.com/MGuQyNcOBC
꧁ Paralympic Games | #TeamMalaysia π²πΎ | Badminton
— SEA Sports News (@sea_sports_news) September 4, 2021
Congratulations to Cheah Liek Hou for winning Gold medal in Men's Singles SU5 event!!! pic.twitter.com/2xW90jti9c
0 Comments