"Tidak Lengkap 2 Dose Jangan Harap Ke Pantai .." - Datuk Abdul Hamid

"Tidak Lengkap 2 Dose Jangan Harap Ke Pantai .." - Datuk Abdul Hamid

 


Selangor - Individu yang tidak lengkap vaksinasi dilarang mengunjungi pantai peranginan Bagan Lalang di sini dan bakal berhadapan tindakan kompaun.


Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Datuk Abd Hamid Hussin berkata, bermula minggu hadapan pihaknya tidak akan berkompromi dengan pengunjung yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika berkunjung ke pantai ini.


Menurut beliau, pantai peranginan ini menjadi tumpuan pengunjung sejak pembukaan pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) 16 September lalu, sehingga melebihi 3,500 pengunjung sehari pada hujung minggu.




Katanya,walaupun jumlah pengunjung meningkat secara mendadak, pihaknya dapat mengawal keadaan melalui pasukan pemantau terdiri daripada pegawai penguatkuasa MPSepang dan pasukan pemantau daerah Sepang.


"Sejak pembukaan Fasa 2 PPNpihaknya hanya memberi advokasi kepada pengunjung, namun selepas ini tidak akan teragak-agak mengeluarkan kompaun bagi mengelak penularan Covid-19," katanya pada sidang media selepas operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Pantai Bagan Lalang di sini, hari ini.


Turut hadir, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.




Abd Hamid berkata, selepas ini pihaknya akan mengarahkan pengunjung untuk meninggalkan kawasan pantai peranginan ini sekiranya didapati tidak lengkap vaksinasi.


Menurutnya, bermula 16 September hingga hariini pihaknya sudah mengadakan pemeriksaan rawak ke atas 2,968 pengunjung, 243 gerai dan daripada jumlah itu 98 individu didapati tidak lengkap vaksinasi.


Katanya, jumlah pengunjung yang ramai ini turut meningkatkan jumlah kutipan sampah daripada satu tan kepada tiga tan pada hujung minggu.


"Orang ramai yang hadir juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan pantai peranginan ini dalam memastikan kelestarian alam sekitar, "katanya.

Post a Comment

0 Comments