Dengan keadaan ekonomi tak berapa stabil sekarang, ramai pembeli kereta banyak cenderung memilih kereta second hand buat masa ni.
Hal ini kerana untuk membuat pinjaman di bank pun kena berkira-kira interest tinggi ke tak, monthly tinggi sangat ke, andai kata pandemik ni berpanjangan sampai kena cut gaji, buang kerja tiada siapa yang berani untuk grab kereta baru buat masa ni.
Tapi ada beberapa tips buat pembeli kereta second, pastikan kereta tu masih dalam keadaan terjaga dan berkualiti. Masa tu baru kita boleh banding harga kereta second yang ditawarkan dengan keadaan kereta.
Kalau harga melambung kita tersalah beli tapi nanti ada part-part yang cepat rosak, itu akan membuat kita buang duit lebih banyak lagi.
Jadi macam mana nak tahu apakah komponen yang perlu dilihat untuk memastikan kereta tersebut berbaloi dibeli?
Lihat video yang dikongsi oleh @adrianchiaaa di bawah ni:
@adrianchiaaa Macam mana nak pilih kereta second hand yang berkualiti? #fypmalaysia #cartips #carmalaysia #usedcar ♬ Reality - Lost Frequencies
Ikut tips yang diberi:
1) Tarikh pengeluaran seatbelt tak sama dengan kereta
2) Seat railing berkarat
3) Skru tak sama
4) Selut di bawah penutup minyak enjin
0 Comments