Maria Tunku Sabri personaliti yang tidak asing lagi dalam dunia penyiaran. Kemuncak kerjaya beliau ketika mengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 selama 12 tahun. Rancangan tersebut sangat terkenal dan kekal disiarkan sehingga hari ini.
Beliau yang cukup lincah, ceria dan tak lekang dengan senyuman memberikan khabar duka kepada peminatnya kerana dijangkiti virus Covid-19.
Menurut Maria, beliau dan suami telah disahkan positif virus Covid-19 pada tahap 2. Mereka dijangkiti ketika menghadiri mesyuarat kerja. Maria redha dan menerima ketentuan Allah walaupun telah mematuhi SOP dan menjaga kebersihan diri.
Hari ini beliau masih berada di pusat kuarantin Maeps. Keadaan beliau semakin lemah dan berat badan kian susut akibat kuman dalam darah semakin merebak. Beliau mengundur diri dan ingin berehat untuk memulihkan diri semula.
Maria juga memohon maaf kepada semua ahli keluarga, sahabat dan kenalan jika terlanjur salah dan silap. Beliau turut meminta halal makan dan minum.
"Sejujurnya saya terlalu letih dan penat sangat" ujarnya.
0 Comments