Masih segar di ingatan, tak pernah luntur buat kedua putera saya yang kembali ke rahmatullah pada 2013 dalam tragedi menyayat hati.
Muhammad Eddie Zuhdi dan Muhammad Edrie Zikrie cinta hati saya yang pergi dalam kebakaran rumah di Ipoh beberapa tahun lalu. Satu malam yang sangat dahsyat dan kekuasaan Allah meliputi semua seolah-olah jantung saya direntap kerana kedua anak meninggal dalam kebakaran, namun saya redha pasti mereka tunggu saya di syurga, kita hanya berpisah di dunia sahaja.
Apabila rentas negeri dibenarkan tempat pertama saya pergi adalah melawat pusara anak saya, mereka berdua dikebumi dalam satu liang lahad.
Berbulan-bulan saya terlantar tak dapat terima anak saya dah takda, itulah hari paling mengejutkan saya.
Dah lama tak melawat pusara mereka sejak PKP, kali ni 'mama datang sayang', AlFatihah sayang.
0 Comments