Seorang ibu merakam detik cemas di mana anak perempuannya telah memasukkan emas berbentuk bulat seperti loceng ke dalam hidungnya.
Kanak-kanak perempuan tersebut berusia dalam lingkungan 6 hingga 7 tahun. Sikap ingin tahu kanak-kanak sememangnya sangat tinggi. Mereka suka mencuba sesuatu walaupun sebenarnya ia sangat berbahaya. Mereka gemar memasukkan benda kecil ke dalam hidung dan telinga.
Ibu kanak-kanak tersebut berusaha mengeluarkan loceng emas tersebut dengan menggunakan cangkuk besi. Walaupun anaknya dalam keadaan tidak selesa dan meronta hendak dilepaskan, akhirnya beliau berjaya mengeluarkan loceng emas tersebut daripada lubang hidung anaknya.
Menurut cerita, loceng emas tersebut teputus daripada gelang tangan yang dipakaikan kepada anaknya. Oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa mestilah berhati-hati dalam memakaikan perhiasan kepada kanak-kanak. Jangan sampai berlaku perkara mudarat dan tidak diingini
Video penuh dibawah:
0 Comments