Di hembus hening pagi jumaat, Abu Bakar Omar telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri tercinta, arwah telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar Sultanah Bahiyah beberapa hari lalu kerana kegagalan atau serangan jantung.
Tepat jam 9.04 pagi jumaat Abah telah menghadap ilahi, berita itu dikongsi oleh anaknya di facebook iaitu Mohd Zainuddin Abu Bakar.
"Ayahanda kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke rahmatullah" katanya.
"Sekiranya terdapat hutang arwah boleh memaklumkan kepada saya atau keluarga".
Arwah dilahirkan di Titi Gajah Alor Setar pada 25 April 1948, sejak 90 an lakonan arwah dipertontonkan RTM di kaca tv menjadi perbualan ramai. Menjadi watak seorang bapa yang lemah lembut, tegas, dan caring adalah bakatnya.
Setiap lakonan babak sedih oleh beliau membuat ramai penonton merasai feeling itu hingga menusuk ke jiwa.
Selepas ini tiada lagi watak seorang bapa seperti arwah, walaupun hanya berlakon namun kita boleh merasai betapa dekatnya watak-watak arwah dalam masyarakat kini dan dahulu.
Turut berduka cita adalah seorang pelakon tidak asing lagi iaitu Azhan Rani.
Azhan telah berkongsi pengalaman bersama arwah ketika di set pengambaran yang mana set itu berlangsung di Kedah dan Perlis.
Sifat arwah dan keperibadian arwah sangat penuh komited dalam menjalani tanggungjawab seorang pelakon professional. Apa sahaja pengarah mahukan arwah akan memberi lebih dari itu.
Turut berkongsi rasa sedih adalah kak ogy di laman instagramnya.
"Beruntungnya abang dipanggil pulang pada hari jumaat, banyak sungguh kenangan indah bersama abang ketika berlakon"
"Ya Allah kau ampunkanlah dia, dan tempatkanlah rohnya bersama golongan orang yang beriman"
Salam takziah buat keluarga Tuan Haji Abu Bakar Omar. Al Fatihah
0 Comments