Inilah kisah Iqbal Masih, seorang kanak lelaki berusia 10 tahun. Dia telah di jual oleh bapanya bagi melunaskan hutang dari pemilik sebuah kilang karpet yang besar di Pakistan dengan harga hanya beberapa penny.
Kemudian Iqbal dikerah paksa untuk bekerja di kilang karpet. Tanpa penjagaan, makan minum yang tidak mencukupi, rehat dan tidur yang sangat sedikit. Membuatkan Iqbal memberanikan diri untuk lari dari kilang karpet yang tidak berperikemanusiaan itu.
Dengan Izin Tuhan, dia berjaya melepaskan dirinya. Dengan itu dia terus melaporkan kepada Pihak Berkuasa dan semua orang yang mampu menolongnya.
Apabila kejahatan dan penganiyaan pemilik kilang karpet itu tersebar, maka kerajaan Pakistan terus menyerbu dan menangkap manusia manusia yang berhati binatang itu.
berkat atas usaha Iqbal telah menyelamatkan 3000 kanak kanak yang telah di hamba abdikan oleh syarikat karpet ini.
Namun tiada lama kemudian mafia dan samseng kilang karpet terus Memburu Iqbal dan akhirnya di bunuh oleh mereka.
Inilah kisah syahdu yang merobek hati. Moga Roh Iqbal Masih dikalangan orang orang yang dianugerahkan syurga buat mereka.
Sumber: Khirul Azli
0 Comments