Seorang ibu warga Britain yang dirahsiakan namanya oleh FBI atas sebab undang-undang ditahan selepas terpedaya dengan anggota FBI sendiri.
FBI berjaya menahan seorang ibu 20an warga Britain itu hasil daripada seorang perisik mereka dan telah menyamar menjadi seorang Pedofilia di internet.
Ini kerana suspek sering mencari pelanggan pedofilia di Internet supaya dapat memuaskan nafsunya dengan memberi gambar bogel anak-anaknya kepada Pedofilia yang dicari.
Kerana terpengaruh seksual ganas, wanita itu bertindak merakam aksinya kencing dalam minuman anaknya dan berkongsi gambar kepada pedofilia di internet.
Mahkamah Oxford Crown telah menjatuhkan penjara enam tahun kepada wanita berkenaan mula dari hari khamis lepas, Hakim Nigrl Daly berkata: "Saya terkelu dan tidak faham tingkah laku seorang ibu sebegini.."
Pendakwaraya Lisa Goddard memberitahu mahkamah bahawa akaun wanita itu di internet telah dikenal pasti oleh FBI dalam operasi banteras eksploitasi kanak-kanak pada Mei dan Jun lalu.
Wanita itu mengaku bersalah selepas bertindak membuang air kecil dalam cawan minuman anaknya yang disaksikan oleh seorang pegawai FBI yang menyamar sebagai pedofilia.
Pegawai itu bertukar-tukar mesej dengan wanita itu sejak Jun lalu, antara babak yang keterlaluan adalah wanita itu meletakkkan kaki bayinya pada kemaluannya dan menghantar kepada FBI itu.
Selain itu wanita itu telah dibuktikan bersalah apabila dia memberitahu yang dia nak cari seorang pasangan pedofilia supaya dia senang dan mudah untuk melakukan rutin itu selalu.
Polis telah menahan wanita itu dan merampas dua telefon yang terdapat 377 gambar dan video tidak senonoh kanak-kanak dalam kategori berat seperti video rogol bayi.
FBI turut menemui aplikasi untuk menyembunyikan fail gambar dan video itu. Wanita itu juga telah dituduh melakukan serangan seksual ke atas seorang kanak-kanak bawah 13 tahun sebelum ini, memiliki gambar lucah melampau dan membuat serta mengedar gambar kanak-kanak yang tidak senonoh.
Peguam yang mewakili wanita itu memohon untuk kurangkan hukuman penjara atas sebab anak guamnya telah menyesal. Selain itu, peguam berkenaan berkata anak guamnya itu pernah melalui zaman gelap semasa kanak-kanak kerana pernah dirogol bapa saudara dan juga telah didera bekas pasangannya.
Mahkamah telah menarik hak penjagaan anak-anaknya, hakim telah mengenakan perintah pencegahan bahaya seksual kepada wanita itu dan serta kekal berada dalam daftar pesalah seks seumur hidup.
Sumber: Independent
0 Comments