Melalui luahan yang dimuat naik isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Serra menunjukkan tanda-tanda Shuk curang lagi. Isterinya turut meluah perasaan tertekan dan tidak mampu lagi menghadapi krisis rumahtangga yang dihadapi berulang-ulang.
“
Sebelum ini, Serra sanggup dicerca orang ramai kerana memaafkan suaminya yang curang kepadanya. Ia berbuat demikian demi anak-anaknya yang memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ayah.
“
Namun kini, Serra seperti patah hati dan bersedia dengan apa-apa kemungkinan untuk berpisah. Dia redha dengan takdir Allah dan tidak mampu lagi untuk bertahan dan memaafkan kesalahan yang dilakukan Shuk berulang kali.
“
Orang ramai turut mendoakan Serra tetap kuat demi kebahagiaan anak-anak. Mereka juga turut menasihati Serra untuk tidak memaafkan Shuk lagi kerana kesalahan yang sama dilakukannya berulang-ulang tanpa rasa bersalah.
“
Peluang untuk Shuk mungkin sudah tertutup. Apa yang akan terjadi dengan krisis rumah tangga mereka? Mudah-mudahan kesudahan yang terbaik untuk Serra dan anak-anak.
0 Comments