Tak Perlu SeJuta Follower Tapi Sudah Mendunia Ke Hollywood

Tak Perlu SeJuta Follower Tapi Sudah Mendunia Ke Hollywood

 


Tidak asing lagi siapakah dia di bumi Garuda, iaitu Yayan Ruhian, lahir pada 19 Oktober 1968, pada awalnya sudah belajar seni bela diri bersama gurunya di Tasikmalaya Jawa Barat Indonesia. Sejak beberapa tahun dari itu namanya mula meningkat dengan pembawakan seni persilatan di dalam lakonan menjadi babak menarik buat para penonton.


Mulai dari tahun 2009 dengan lakonan Merantau selepas itu 2011 dan 2014 dua siri Filem The Raid 1 dan 2. Sejarah terukir pada 2015 selepas berlakon dalam filem Jepun iaitu Yakuza Apocalypse arahan Takashi Milllke. Babak aksinya menyinar dengan lakonan mantap seperti ala-ala fighter membuat barat mula kagum dengan perwatakannya.


Dengan kepantasan beraksi, stamina yang tinggi, Beliau meningkat nama dengan panggilan artis seni bela diri dengan mengajar anak buah beberapa gerak buah pertahankan diri. Barat mula memasukinya dalam filem Star Wars (The Force Awakens) pada tahun 2015.


Star Wars: The Force Awakens



Seterusnya pada 2019, dengan aksi mantapnya dia mula beraksi bersama Hairul Azreen dalam filem Wira arahan Adrian Teh, menggabungkan beberapa pelakon hebat Malaysia dan Indonesia berjaya mencetus revolusi filem gelanggang antara dua negara.


Sebelum itu, dengan kebanggaan rakyat Indonesia beliau dapat beraksi dalam filem John Wick: Chapter 3 Parabellum gabungan aksi bersama Keenu Reeves.



Dari situ peminat mula merasakan dunia lakonan ini perlu bakat besar dan kualiti, bukan sekadar rupa tetapi dengan komitmen sepenuh jiwa semasa berlakon tidak fikir akan payment dahulu 'biar diri memberi dahulu selepas itu baru dinilai' itula Yayan Ruhian. Cuma lepas ini pengarah yang kena fikir bayaran lakonan dia dahulu bukan si Yayan, sebab bukan kaleng-kaleng dah mendunia ke dunia Hollywood tau.

Post a Comment

0 Comments