Terima Surat Dari Mahkamah Syariah Benarkan Suami Berkahwin | Isteri terkejut suami mohon secara diam-diam

Terima Surat Dari Mahkamah Syariah Benarkan Suami Berkahwin | Isteri terkejut suami mohon secara diam-diam

 


Mahligai yang dibina 15 tahun bagaikan diuji seperti tertusuk sembilu, begitulah kisah seorang isteri tiba-tiba menerima surat dari mahkamah syariah menuntut dan meluluskan suaminya kahwin lain.


Seorang ibu anak satu itu terkedu dengan tulisan surat itu lantas bertanyakan pada suaminya sebelum diberi jawapan mengejutkan oleh suaminya.


Tiada sebarang pendedahan identiti, beliau memuat naik status di laman facebooknya dengan menyatakan kesedihan itu.


Berikutan itu, dia berkata "suaminya buat permohonan secara rahsia, terkejut selepas baca isi kandungan tersebut terus bertanya pada suami, suaminya berkata ya betul abang mohon.."


"Kan abang dah kata nak kahwin lain, abang tak main-main", bergetar macam nak pecah dada katanya.


Tambah wanita itu lagi suaminya sudah menjalinkan hubungan dengan perempuan itu selama 3 tahun.


Usaha yang dilakukan suaminya itu sebenarnya baru sahaja disebabkan ekonomi makin stabil katanya.


Sebelum ini suaminya menangguhkan niat itu kerana menunggu keadaan ekonominya bertambah baik sekarang bila ekonomi makin stabil tak sangka betul-betul suaminya buat.


Wanita itu juga mendedahkan dia dilarang untuk berjumpa dengan
bakal madunya sehingga perkahwinannya
selasai baru boleh jumpa.


Kata wanita itu lagi dia sememangnya enggan dimadukan dan enggan hidup berpoligami.


Namun suaminya enggan menceraikan dia dan mahu dia kekal menjadi isteri serta redha dengan ketentuan itu.


Komen netizen


"Suami saya cakap dia sayang kedua-duanya, dia takkan lepaskan saya"


"Saya nak jumpa perempuan itu suami saya tak bagi, katanya tunggu dah kahwin baru jumpa"


"Dia juga cakap dengan saya, nak tak nak, suka tak suka kena terima," sememnagnya saya buntu apa patut saya buat?


Posting wanita itu telah mencapai 10 ribu likes dan dihujani 3000 komen netizen.

Post a Comment

0 Comments