(Video) - "Sebak" Dengar Luahan Elyana Tentang Penyakitnya

(Video) - "Sebak" Dengar Luahan Elyana Tentang Penyakitnya

 


Elyana atau nama sebenarnya Erneela Elyana Emrizal telah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun lalu, tahap kesihatannya kini mulai merosot sejak pertengahan tahun ini, dengan berat sekarang hanya 40 kg seperti tiada lemak hanya tulang sahaja, katanya.


Elyana ada juga menyatakan penyakit kanser ni ubatnya mahal, untuk menyara ubat pun pernah disyorkan doktor guna ubat RM50,000 punya harga, dengan keadaan sekarang nak kerja pun bukan senang.


@iekarash

Harga ubat kanser RM50k 😢 ##elyana ##kanser ##insurance ##takaful ##viral2021 ##awareness

♬ original sound - velyndry


Harap belas ehsan, cukup mendoakan kesejahteraan Elyana supaya sihat kembali. Jika dulu kita pandai bernyanyi membuat orang terhibur sekarang nak bagi orang terhibur pun mampu senyum je.


Elyana berkata, dia kini berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.


"Walaupun memang saya perlukan kata-kata semangat daripada orang lain, tetapi tidak boleh terlalu berharap. Jalan terbaik ialah saya sendiri harus ingatkan pada diri sendiri untuk terus kuat.


Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia setahun.

Post a Comment

0 Comments