Nampaknya netizen terkilan dengan pelakon popular Zarazya kerana masih lagi memuatnaik 'paid review' yang dianggap tidak sesuai dengan norma masyarakat Malaysia. Tambahan pula, imejnya yang berhijab dirasakan tidak sesuai dengan posting sedemikian.
Zarazya telah memuat naik sebuah posting video produk berkaitan dengan aset wanita. Walaubagaimanapun, video tersebut dikatakan keterlaluan dan tidak patut dimuatnaik oleh beliau. Kandungan video tersebut memaparkan wanita yang sedang menari dengan aset di dada bergoncang.
Walaupun video pertama telah dikecam oleh netizen, beliau seakan tidak serik malahan memuatnaik video wanita lain dengan memaparkan aksi yang sama. Zarazya dihujani kecaman dan jumlah pengikut di instagramnya menurun. Ada netizen menyifatkan Zarazya terdesak dan dianggap pokai kerana sanggup menerima paid review produk tersebut.
“
Netizen juga menasihati Zarazya supaya hanya menggunakan gambar produk tanpa memaparkan video kontroversi yang tidak sesuai dengan budaya dan norma masyarakat Malaysia. Teknik dan strategi perniagaan dengan penjualan produk mengetatkan aset lelaki dan wanita dengan mengaitkan unsur seks peragaan anggota initm walaupun secara tidak langsung seharusnya dihentikan. Ikaln sebegini tidak patut berkembang dan menjadi norma masyarakat.
Sebelum ini para asatizah telah menentang dan menegur kak KM yang turut menjual produk jamunya dengan memuatnaik video dan gambar yang memaparkan aksi mengghairahkan.
0 Comments