Kes Zulfarhan yang telah dibu.li oleh rakan sebiliknya sehingga ma.ti dengan 90 tekapan seterika masih hangat diperkatakan dalam laman sosial di Malaysia sekarang ini. Namun masih ingatkah anda kejadian menggemparkan pada Disember 2013 seorang pelajar tahfiz didapati meninggal dunia di dalam bilik air dalam keadaan tergan.tung seperti ma.ti bu.nuh diri.
Pelajar tersebut bernama Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman yang ketika itu berusia 16 tahun bersekolah di Sekolah Tahfiz Sains Nurul Aman Kok Lanas, Kelantan. Kisah ini mengejutkan netizen semula ketika adiknya Wan Aishah meninggalkan komen yang menyentuh perasaan. Kes pembu.nuhan arwah abangnya masih belum dapat diselesaikan oleh pihak berwajib.
Kami daripada Borak Viral telah mendapatkan info daripada adik beliau berkaitan apa sebenarnya yang berlaku kepada arwah Wan Ahmad Faris.
“
Pada Hari Kejadian
Cerita ni pada pagi 11/12/2013, pihak sekolah menemukan seorang ma.yat yang saya pasti ianya digantung oleh seseorang.
12/12/2013 petang, baru diberitahu pada keluarga. Laporan forensik mengatakan arwah ma.ti kerana kain yg disangkut pada lehernya. Sedangkan kain itu hanya dijadikan tempat untuk sangkut sahaja. Kaki cecah lantai. Selipar dan spek arwah disusun elok. Kononnya nak bagitahu arwah ni bu.nuh diri. Kalau orang bu.nuh diri, semua tahu lidah akan terjulur keluar. Tapi arwah tak. Saya tahu abang sy takkan bu.nuh diri. Sebab dia takde masalah apa-apa.
Arwah Balik Ke Rumah Dalam Keadaan Ceria
3 hari sebelum kejadian, arwah balik. Dia ceria. Dia sayang saya. Dia suka main bola. Masa dia nak pergi petang tu, dia cakap
'Abe nok gi dah ni. Nanti abe balik. Abe nak gi perabih juzuk jah. Cah tunggu abe kelik deh.'
Saya ingat lagi ayat last yang keluar dari mulut dia.
Dah 8 Tahun Berlalu Tanpa Ada Apa-apa Perkembangan Kes
Dah 8 tahun berlalu kes ni. Tanpa apa-apa berita. Tanpa apa-apa siasatan. Saya agak terkilan dengan pihak sekolah. Sebulan selepas kejadian, tandas tu dah dirobohkan. Atas alasan budak-budak takut. Logik ke?
Benda dalam siasatan. Mungkin ada bukti di situ sbb tu dihapuskan. Sebab nak tutup kes ni. Saya juga sangat berkecil hati dengan ustaz yg tinggi ilmu agamanya, memfit.nah arwah bu.nuh diri. Menjaja cerita arwah bu.nuh diri kepada ibubapa pelajar lain. MasyaAllah 😢
Keluarga Diejek
4 tahun kami sekeluarga diejek oleh org. 4 tahun kami dengar 'anok mu bu.nuh diri, abe mu bu.nuh diri'. Sangat mengganggu psikologi kami sekeluarga. Sampai la koroner putuskan yang arwah dibu.nuh oleh beberapa orang. Baru lah kami boleh tarik nafas lega. Itu pun ada lagi ayat pasal bu.nuh diri tu. Sy kesian dekat mak. Mak selalu menangis setiap kali selepas solat. Muram je mukanya. Tak ceria seperti dulu.
Saya cuma harapkan, kes arwah abang saya disiasat dengan segera. Sebab dah 8 tahun kami sekeluarga tunggu. Masa yg agak lama. Takkan takde progress apa pon. Lagi satu, dibaju arwah ada kesan tompokan darah yg berlainan. Sampai sekarang, keputusan DNA darah tu tak dapat nak detect. Entah2 dah hilang kesan darah tu sebab terlalu lama.
Saya sangat-sangat kecewa dengan pihak yang bertanggungjawab. Sepatutnya, mereka ambik berat tentang kes ni. Cuba kamu bayang benda ini terjadi pada kamu. Sakit tu tak boleh diungkap dengan kata-kata.
Lawyer kami pun dah banyak kali hantar surat kepada peguam negara supaya kes ini disiasat kembali. Dan peguam negara arahkan pihak PDRM untuk siasat kembali kes ni. Tapi sampai ke harini. Tak ada satu perkembangan pun yg kami dengar. Senyap sunyi. Sangat-sangat kecewa. Saya harap, dengan tindakan viral sebegini, dapat membuka mata, buka hati pihak yang terlibat untuk menyiasat kes ini dgn lebih mendalam. Terima kasih
Begitulah luahan adik arwah iaitu Wan Aishah atas kematian tidak terbela abangnya.
Menurut Harian Metro, tahun lepas polis telah menemubual 10 orang pelajar tahfiz untuk membantu siasatan kes ini. Namun sehingga kini, belum ada apa-apa perkembangan yang dilaporkan. Adakah kes telah menghadapi jalan buntu? Diharapkan pihak bertanggungjwab dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah Wan Ahmad Faris Bin Wan Abdul Rahman. Semoga Allah tempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Gambar sebulan sebelum arwah meningga dunia |
"Ya Allah ampunilah dia, berilah rahmat, kesejahteraan dan maafkanlah dia"
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Al Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين.
0 Comments