Pernah tak kita tertanya-tanya siapakah yang membina piramid?
Seperti kita tahu piramid berbentuk segitiga ini terletak di negara Mesir, bukan satu atau dua tapi memang banyak piramid di sana.
Piramid Paling Popular
Piramid Agung Giza |
Piramid yang paling popular adalah piramaid bernama Giza, salah satu Seven Wonders of the World. Pakar ahli sejarah berkata bahawa piramid ini memakan masa 20 tahun untuk siap dibina sepenuhnya.
Kenapa Sampai 20 Tahun
Dulu teknologi-teknologi canggih ini belum ada seperti crane, backhoe, lori dan sebagainya. Jadi, sebab itulah binaan piramid ini memakan masa yang lama untuk disiapkan.
Ciri-ciri piramid
Setiap satu batu yang dibina piramid itu seberat satu tan.
Batu yang digunakan ini dianggar seberat satu tan setiap batu kecil |
Dan keluasan kawasan piramid ini seluas 13 ekar jadi tidak hairanlah mengapa piramid ni mengambil masa lama untuk disiapkan.
Sepanjang pembinaan piramid ini banyak buruhnya terkorban dek kerana kepanasan, keletihan dan juga dipaksa bekerja untuk menyiapkan piramid itu sendiri.
Piramid Giza tak curam macam Piramid Nubian iaitu piramid-piramid yang kecil, piramid Giza ternampak lebih stabil kerana dindingnya yang tak curam.
Sejarah mengatakan bahawa piramid ini adalah tugu kepada raja dan bukannya makam kepada raja, tetapi dalam Piramid Giza ini mereka telah menemui dimana satu bilik raja iaitu kamar raja dan di dalamnya terdapat keranda raja akan tetapi tiada raja di dalam tu.
Info grafik di mana kamar raja dan permaisuri |
Semasa pakar-pakar sejarah ini masuk di dalam kamar raja, di dalam keranda tu tiada sikit pun tulang-tulang ataupun bahan bukti raja yang bertanggungjawab membina piramid itu.
Di dalam piramid itu juga ada kamar permaisuri tetapi tiada juga pembuktian permaisuri itu ada di dalam piramid termasuk dna-dna yang boleh diambil untuk menguji.
Jadi siapakah yang membina piramid ini? Adakah memang manusia atau orang kata Alien yang membina, bagaimana mitos itu boleh wujud dalam masyarakat?
Mitos Mat Salleh
Di dalam History Channel jika anda ada astro boleh tengok sedutannya ataupun pergi ke youtube mereka mengatakan Alien yang bertanggungjawab membina piramid ini. Jadi dalam dokumentari itu dia cakap la Alien ni datang ke Mesir tembak sana sini dan terjadilah piramid itu.
Sebab mereka mengatakan zaman purba dulu amat mustahil untuk membina piramid ini kerana kosnya macam mana, tidak akan mampu membinanya.
Ada juga di situ mengclaim piramid ini dibina sendiri oleh Yahudi tetapi masih tiada bukti juga mengatakan bangsa itu membina piramid ini.
Manakala kajian dari ahli akeologi puka mengatakan piramid itu dibina oleh masyarakat Mesir kuno yabg kita sendiri tidak tahu identitinya sehingga ke hari ini.
Antara lakaran di dinding piramid |
Dalam piramid juga memang terdapat lukisan atau lakaran di dinding piramid itu ada bentuk manusia dan sebagainya. Ahli akeologi ada mengatakan meraka sendiri tidak faham dan juga tidak pasti kajian yang mereka lakukan itu betul-betul tepat atau tidak.
Jumlah Piramid Di Mesir
Mesir mempunyai 100 piramid kuno di sana, paling terkenal adalah Piramid Giza, ada juga patung firaun jusor tetapi ahli akeologi juga mengatakan setiap perubahan zaman jika terjumpa makam firaun pun akan sejauh 483km dari piramid. Jadi bagi ahli akeologi firaun tak babit langsung dalam pembinaan piramid.
Dan sebenarnya pembinaan piramid itu sendiri kekal misteri dan masih dalam kajian pakar-pakar akeologi yang masih tidak putus asa untuk mencari identiti siapakah yang membina piramid itu.
Bagaimanapun kita sebagai orang Islam perlu yakin seperti dalam surah Al-An’am ayat 6: “Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Kita kena yakin setiap kaum atau zaman Allah sudah beri kenikmatan itu, tetapi sudah ditelan bumi mahupun dihapuskan oleh Allah, sebab itu sehingga hari ini kita bagai nak pecah kepala mencari apakah teknologi mereka guna sehingga hari ini tidak berjaya juga dalam penemuan itu.
Keadaan di dalam sebuah piramid |
0 Comments