Cara Periksa Kesihatan Mental Stress Dan Depresi Anda Secara (Online), Kalau Teruk Jumpa Doktor!

Cara Periksa Kesihatan Mental Stress Dan Depresi Anda Secara (Online), Kalau Teruk Jumpa Doktor!

 


Sejak dunia diuji dengan wabak pandemik covid-19, macam-macam peristiwa kita menghadapinya, sama ada mendengar keluhan orang kena buang kerja, gaji dipotong, anak bini tak cukup makan, akhirnya ada juga bantuan dan idea kerajaan untuk menstabilkan atau menolong rakyat.


Namun adakah anda semua pasti dengan bantuan material, duit sahaja dapat membantu, hasil penelitian WHO mendapati 3 daripada 10 orang mentalnya tidak sihat, ini adalah sangat berbahaya tuan-tuan, puan-puan. Melihat peratus bunuh diri saja sudah takut untuk kita huraikan di sini.


Lihat 3 ini dalam diri anda:


- Mudah letih

- Kekecewaan yang cepat

- Hilang semangat


Paling tidak salah satu di atas mesti ada pada diri kita. 


Nampak Ceria Tapi Depresi!


Depresi adalah penyakit mental yang kian membimbangkan dan tak sepatutnya dipandang remeh. Tak semua yang alami depresi ni kelihatan sedih, muram dan down. Sebaliknya, ada yang nampak ceria dan normal macam tak ada apa yang berlaku pun boleh mengalaaminya.


Dah macam-macam kes kita dengar melibatkan stres. Terbaru (17 Januari 2019), ada Ustazah yang dilaporkan hilang  mengalami stress disorder akibat stres di tempat kerja sebab gagal perpindahan dan terpaksa berulang-alik 200km setiap hari.


Bahkan, penyelidikan oleh pakar berhubung kadar depresi dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50% pesakit depresi dari 2011 sehingga 2015, banyak tu!


Jadi, kalau rasa macam terlalu stres, pastikan anda ambil tindakan untuk mengawal stres. Sarankan rakan-rakan anda untuk mengambil ujian ini jika mereka kelihatan murung dan depresi. Semoga ia dapat membantu anda mendapatkan rawatan awal dan sekaligus menguruskan masalah stres secara terkawal.


Jom cuba jawab kalau teruk pun kita perlu dapatkan nasihat daripada doktor! 


UJIAN SARINGAN KESIHATAN MENTAL SECARA ONLINE (DASS)

Umumnya ramai tahu tanda-tanda stres seperti kerap jatuh sakit, cepat letih, kurang selera makan, perasaan yang negatif, dan sebagainya.


Tapi, macam mana kita nak tahu tahap stres yang kita sedang alami?


Anda boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang disediakan oleh Public Health Malaysia secara online.


Dengan ujian saringan ini, anda boleh ketahui status kesihatan mental anda samada dengan mengetahui tahap stres, risau, atau depresi.


Berikut adalah link untuk ujian tersebut:


Borang Ujian Skala Tekanan Kebimbangan dan Kemurungan (klik sini untuk jawab)


Atau


Di Labuan

Borang Ujian Skala Tekanan Kebimbangan dan Kemurungan (Labuan)


Atau


Di Sabah

Borang Ujian Skala Tekanan Kebimbangan dan Kemurungan (Sabah)


Caranya mudah, anda hanya perlu jawab beberapa soalan yang diajukan seperti di bawah, ambil masa anda berhak sihat! 



KALAU RESULT TAK OK, JUMPA DOKTOR


Keputusan akan diberikan sebaik saja anda mengisi beberapa maklumat tentang diri anda.



Jika keputusannya tidak normal, anda boleh print keputusan tersebut dan bawa ke mana-mana klinik kesihatan (KK) berdekatan di tempat anda untuk pengesahan diagnosa dan intervensi atau rawatan.


Anda boleh layari laman web ini untuk menyemak lokasi KK berdekatan anda: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view/1


Bawa keputusan yang didapati tadi bersama. Jangan malu, tak perlu segan. Dan jangan sekali-kali menganggapnya remeh ya.


Merawat kemurungan itu penting, malah ia dapat menyelamatkan nyawa. Jadi, jom jalani ujian DASS hari ini juga!


Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat kesihatan mental terkini atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan mental, anda boleh terus ke laman Facebook rasmi Public Health Malaysia di link berikut: https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/

Post a Comment

0 Comments