Cerai Tiga Kali Tidak Mematahkan Semangat Fiza Halim Untuk Berkahwin Lagi

Cerai Tiga Kali Tidak Mematahkan Semangat Fiza Halim Untuk Berkahwin Lagi


Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim (40)  atau lebih dikenali sebagai Fiza Halim ialah seorang model, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau menceburkan diri dalam dunia seni dengan menganggotai kumpulan Elite. 


Namun selepas itu, bakatnya dalam bidang lakonan kian menyerlah sehingga ke hari ini beliau kekal memilih jalan lakonan sebagai karier utamanya. 


Fiza kini berstatus janda setelah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertama pada 2006 dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin yang dikurniakan 2 orang anak perempuan. Kemudian telah bercerai pada tahun 2010 setelah hampir empat tahun hidup bersama. Namun, dia dan bekas suaminya masih berhubung dan nafkah kepada anak-anaknya masih ditunaikan oleh bekas suami.






Kemudian Fiza berkahwin buat kali kedua oleh penyanyi Adam AF yang juga perkahwinan kedua buat Adam pada tahun 2013.  Namun jodoh mereka tidak kekal lama, hampir dua tahun berkahwin Fiza diceraikan dengan talak satu. Selepas bercerai, mereka membawa haluan masing-masing kerana tidak dikurniakan anak. 





Setelah bergelar janda buat kali kedua, Fiza berkahwin sekali lagi pada 2016 dengan juruterbang bernama Aizat sebelum bercerai pada tahun 2020. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aleena. 






Kini Fiza Halim bahagia hidup bersama anak-anak dan ahli keluarganya. Dia tahu pasti ramai yang mengata akan dirinya yang bercerai sebanyak tiga kali.  Namun, dia redha dengan perjalanan hidup yang ditentukan Allah. Semoga nanti Fiza mendapat jodoh yang baik  dan berkekalan hingga ke syurga hendaknya.

Post a Comment

0 Comments