Seorang anak kematian ibu dan bapa pasti sedih, tapi ibu bapa yang kematian anak 20 kali sedih, sebab itulah kita pernah dengar orang tua cakap cabut nyawa aku dulu dari anak aku.
Ini kisah haiwan tetapi dicerita seperti dalam kehidupan manusia supaya kita dapat berfikir dengan lebih tentang kejadian.
Ramai ibu kesusahan dalam hidup membuang bayinya, mend3ra anak, dan sebagainya. Tapi tahukah anda kadang-kadang Allah tunjukkan cara hidup binatang kepada kita atas sebab tertentu supaya kita dapat menggunakan akal yang waras.
Satu video dimainkan terlihat ibu kucing yang cacat kakinya perlahan-lahan jalan untuk mencari anak dalam sangkar untuk bagi makan.
Hayati betul-betul, tanam dalam jiwa sebenarnya Allah nak kita praktikkan dalam hidup kita supaya berkasih sayang, anak jangan lupa orang tua, mak ayah juga jangan jadi neraka untuk anak-anak, elakkan persengketaan dalam masyarakat, amalkan sikap bertoleransi, supaya akhlak kita sentiasa baik.
Jadi nota ini tidaklah mahu mengkritik tapi hanya mahu dirahmati Allah selalu.
0 Comments