Ismail Izzani (21) penyanyi popular lagu Bidadari menjelaskan telah putus dengan kekasihnya Shalma Eliana. Mereka telah menjalin hubungan selama 2 tahun dan mengikat janji cinta dengan sebentuk cincin berlian.
Dia telah menghadiahkan cincin berlian itu kepada kekasihnya sebelum Yana ( Eliana) pergi ke luar negara untuk menyambung pelajaran.
Menurut Ismail Izzani, kegagalan hubungan jarak jauh ini berpunca daripada dirinya yang melakukan kesilapan (curang) dan dia memohon maaf dan tersedar tidak bersedia lagi dengan hubungan yang serius.
Dia dan Yana memutuskan membuang cincin berlian tersebut ke dalam sungai semasa berkelah bersama. Mereka membuat keputusan untuk putus dan memilih jalan masing-masing. Mereka beranggapan masih muda dan belum bersedia untuk hunungan yang lebih serius. Walau bagaimanapun, Ismail dan Yana tetap berkawan seperti biasa.
"Saya takkan kembali kepadanya sehingga saya benar-benar bersedia" Katanya.
Sebelum ini, Ismail Izzani telah bercinta dengan pelakon baru Sharifah Rose yang telah dicurangi sebanyak enam kali sebelum tampil memohon maaf.
0 Comments