Nik Izara Aishah Nik Izazurin atau lebih dikenali sebagai Izara Aishah (lahir 28 September 1992) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia dan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan muncul dalam beberapa drama, telefilem dan filem.
Beliau kini telah tampil berhijab dengan pakaian patuh syariah telah dipuji netizen. Izara juga sangat berhati-hati ketika menggayakan fesyen baju dan tudung muslimah. Beliau meminta supaya tudungnya hendaklah dilabuhkan dan auratnya terjaga.
Paling mencuri perhatian baru-baru ini dia telah memenuhi jemputan sambutan hari jadi Dato Rizalman yang ke 50 tahun. Izara sangat manis menggayakan baju dan tudung berwarna putih. Bahkan peminat Rizalman menyuruhnya merakam lebih lama video Izara Aishah.
Izara kini aktif menjadi model pakaian di samping menghabiskan masa bersama anak perempuan kesayangannya Irisa Alaia dan suami tercinta Muhammad Adib Khalid.
0 Comments