SEMAKAN TARIKH BAYARAN I-CITRA DISEMBER 2021
Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra setiap bulan ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?
Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.
Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 5 bulan.
Bagi bulan Disember ini, bayaran dijangka akan dibuat secara berperingkat bermula 1 Disember 2021.
Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 hari bekerja, bergantung kepada prosedur bank masing-masing.
Berikut adalah cara membuat semakan kelulusan (bagi yang baru memohon) dan caa melihat status / tarikh bayaran yang lebih tepat melalui i-Akaun ahli KWSP.
Cara Membuat Semakan Tarikh Bayaran i-Citra KWSP
i) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui Laman Web i-Citra
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Citra
- Layari laman web https://icitra.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
ii) Semakan Tarikh Bayaran iCitra Melalui i-Akaun
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra
- Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Semakan Tarikh Bayaran i-Citra (Jadual Bulanan)
Seperti mana i-Sinar, bayaran i-Citra juga ditetapkan seperti berikut:
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua pun sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
0 Comments