Jumaat lalu seorang mangsa bernama Faqih Ariffin telah m4ti dic3kik di sebuah Flat Ashby Road di Ipoh kerana berlaku perselisihan faham. Daripada kejadian itu, seorang bapa 60 tahun, serta anaknya 34 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 47 tahun telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan.
Terdapat beberapa info daripada orang ramai kenapa mangsa cuba mensita pembesar suara mudah alih milik suspek:
Info pertama yang dikongsi:
Ceritanya mangsa bg pinjam duit dkt budak yg pukul, bila budak pukul ni takda duit bak bayar balik, mangsa ambil speaker sebagai cagaran, budak yg pinjam ckp dgn bapaknya ckp mangsa curi speaker itu, tanpa usul periksa bapak dgn bapak sedaranya terus beduk mangsa. Bila dah kecoh, mangsa dah mati. Bru tahu anaknya pusing cerita. Mangsa pernah kerja dgn anak saudara sy d bazaar ramadhan. Selama kerja mangsa elok orgnya.
Info kedua yang dikongsi:
2 malam sebelum kejadian, pkl 2 pagi. Lepas saya balik dari IPOH NIGHT MARKET. saya singgah di medan selera flat hb road, waktu itu mangsa ada di kedai tersebut. Kami sembang macam biasa, waktu bersembang mangsa ada bagitau pada kami yg suspek (jai) ada hutang dia rm300 tetapi berat nak bayar semula. Mangsa ada bagitau pada kami, dia akan sita speaker jai sebab tak nak bayar hutang kami pun ingat dia hanya melawak yg dia akan sita speker jai rupanya betul arwah sita speaker tersebut tanpa pengetahuan jai. Setelah jai tahu arwah telah sita speaker tersebut, jai bawa tokey dan anak tokey kedai yg dia kerja di medan selera flat hb road ke pasar hb road pada pagi semalam. Setelah nampak arwah mereka terus terpa dan kepit kepala arwah sehingga menjadi pergelutan. Tak ada pisau yg dikeluarkan, tetapi ada pisau lipat 20 sen di dalam poket mangsa. Setelah mereka pijak dia hingga jatuh dan mereka terus cekik dia hingga muka biru, penonton yg tengok hanya bersorak (celaka punya manusia) dan mangsa pun mati di tempat kejadian kerana tercekik
*info dari rakan kawasan kejadian
Dalam pada itu ramai beritahu kelakuan baik arwah sebelum arwah pergi, seorang netizen telah berkongsi ceritanya:
2/3 hari sebelum arwah meninggal, dia bersihkan surau, surau tengah ubah suai dia siap turut sekali bantu, dia belikan ikan ayam makanan sedekahkan pada org dan paling terasa...kelmarin dia buat kutipan bagi membantu keluarga salah seorang sahabat yg ayahnya baru lepas meninggal dan hari ini org ramai pulak buat kutipan ikhlas untuk dia... lebih sedihkan lagi..dia sebenarnya banyak buat kerja amal tanpa perlu org ramai tahu yg arway banyak bantu ank2 yatim, dan wakafkan beberapa barangan milik dia bagi membantu urusan ank yatim..sekali jadi mcm ni org buat dia...hanya sebab speaker..semoga arwah faqeh mendapat apa yg layak dia dapat di alam sana, layak mendapat syahid..amin
Mendengar tentang info ini, ramai yang membuka mata dan sedih kehilangan arwah yang banyak membantu anak yatim, kita pun tak sehebat macam mangsa boleh wakaf macam-macam untuk anak yatim.
Pengajaran laungan pencuri
Apabila laungan pencuri...pencuri dikumandang orang ramai pun akan terpengaruh dan tak tahu cerita terus bersorak, sebenarnya kita jangan bertindak untuk membuat hukuman sendiri, kalau kita pihak ketiga selepas ini cuba tenangkan orang bergaduh even tak tahu apa cerita mana tahu kita menyelamatkan sebuah nyawa penting, tak rugi tenangkan oran bergaduh supaya sabar atau panggil saja polis untuk selesaikan.
Apa kata anda?
0 Comments