Kisah Tragis Zulfarhan Diibarat Seperti Kes Buli Ajmal PM

Kisah Tragis Zulfarhan Diibarat Seperti Kes Buli Ajmal PM

 


Bangalore: Adalah sebuah ibu negeri Karnataka, merupakan bandaraya ketiga terbesar di India.


Kali ini kita kaitkan kisah seorang pelajar Kolej Sha-Shib yang berhampiran di pengkalan Tentera Udara Yelahanka yang bernama Ajmal PM.


Admin pada kali ini bawa isu Ajmal PM kerana mengenang kisah Zulfarhan yang menjadi mangsa buli yang ditekap seterika wap. Menurut pakar forensik jumlah tekapan wap pada badan Zulfarhan sebanyak 90 tekapan. Itu adalah sesuatu di luar jangkaan kita bagaimana mereka boleh buat perkara seperti itu.


Ok bagaimana pula cerita si Ajmal ni, Ajmal ada seorang pelajar kejuruteraan Aeronautikal (pembuatan kapal terbang) yang mana seorang pelajar pertengahan boleh dikatakan kadang-kadang ada juga subjek perlu dia repeat kerana gagal. 


Di dalam kelas Ajmal terdapat lagi tiga pelajar yang biasa gagal subjek, mereka dikatakan mengetuai budak-budak nakal (lebih kurang). Mereka juga suka membuli dan meminta wang termasuk la Ajmal PM.


Cuma Ajmal ni seorang yang suka lawan geng-geng acah kuat tu, tiba berlaku kejadian yang tak disangka sekitar jam 11.30 malam pada hari Khamis Ajmal dikejarkan ke hospital dengaan 65% kecederaan melecur.


Kejadian berlaku ketika dia datang ke bilik mandi asrama untuk bersiap mandi, semasa dia masuk ke dalam bilik air tersebut dia terhidu sesuatu seperti bau thinner dan mengesyaki bau gas. Dia memikirkan tukang cuci mencuci tandas dengan thinner, dia pun mula mandi di tandas yang tak berbumbung, dia terlihat tiga orang memulakan kebakaran dan mengacuh api menyebabkan Ajmal cedera parah dengan 65% melecur.


Beberapa hari sebelum Ajmal pergi polis sempat meminta keterangan dia, Ajmal memberitahu dia terlihat tiga orang pelajar di belakang tandas, mereka juga sering meminta duit perlindungan sehingga Ajmal sendiri pernah mencuri barang kemas milik ibunya untuk beri pada pembuli itu.


Pihak berkuasa kolej menyatakan kolej tersebut mempunyai skuad anti ragging tetapi Ajmal tidak pernah membuat laporan kepada skuad itu "memandang pihak kolej tidak menemui apa-apa berkaitan ragging, pihak sekolah hanya menunggu ibu bapanya membuat aduan".


Ajmal 17 tahun pejar kolej itu yang berasal dari Kerala telah disemadikan di kampung halamannya, menurut ibu Ajmal juga, Ajmal sering meminta duit darinya sejak dia berada di kolej tersebut.


DCP Dr Ramesh berkata dia sendiri ke tempat kejadian dan tidak menemui sebarang apa-apa petunjuk mengenai kematian Ajmal, hasil dari penceritaan Ajmal dia terhidu bau thinner semasa ingin membasuh muka dan terus ke bilik air sebelum terbakar satu badan. Ajmal juga berkata dia terlihat tiga pelajar itu semasa diri dia terbakar sedangkan kawasan itu tiada sesiapa boleh masuk selepas jam 10.00 malam, kata DCP.


Polis hanya menunggu hasil forensik untuk menentukan sama ada ia adalah kes bu.nuh diri atau dibu.nuh.


Mengikut pemikiran admin jika kita orang biasa kita kena diam, kalau nak lawan dengan orang berduit kita yang dipersalahkan.


Jadi hentikan budaya buli ini, sebenarnya budaya buli ni bukan yang patut diterapkan di asrama kononnya kena jadi kuat la, apa yang perlu dijadikan contoh adalah pelajar senior boleh mengajar junior tentang berdikari sendiri, kebersihan diri baru la betul jadi seorang disiplin dan mental pun boleh kuat bukannya dengan buli. Apa pendapat korang?





Post a Comment

0 Comments