Kemenangan Kuala Lumpur City FC sememangnya tidak dijangka oleh rakyat Malaysia. Kuala Lumpur City FC menewaskan Johor Darul Ta'zim 2-0 untuk menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1989!
Peluang terbaik separuh masa pertama hadir kepada Bergson da Silva yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti yang terkena tiang gol pada minit ke-9.
Sambung babak kedua, Zhafri Yahya memecah kebuntuan pada minit ke-66 dengan menyudahkan hantaran J. Partiban. Selang lapan minit kemudian, ketua pasukan Paulo Josue menewaskan Farizal Marlias untuk gol kedua KL City.
Kemenangan ini tidak dijangka kerana JDT FC dilihat merupakan kelab bola sepak yang kuat dan sukar dikalahkan. Namun, keajaiban telah berlaku. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada KL City FC!
Di dalam keghairahan menyokong kelab bola sepak, penyokong hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan. Dilihat tiada penjarakan sosial selepas perlawanan sengit berlangsung. Pemain-pemain juga, turut mencium piala ditempat yang sama berulang kali. Ingatlah dalam kegembiraan kita virus Covid masih berleluasa. Amalkan norma baharu dan berhati-hati ketika melakukan apa-apa aktiviti.
0 Comments