Selepas membu.nuh dua orang syaitan, seorang lelaki telah balik ke rumah menemui ibunya dengan membawa sejadah, senaskah Alquran, sebilah parang dan sebuah buku Dajjal sambil berkata "Abang telah membu.nuh dua orang syaitan".
Apa yang berlaku sebenarnya? Teruskan pembacaan.
Akui Diri Gila Untuk Mengelakkan Dakwaan Memb.nuh di Mahkamah
Dalam kes pendakwaraya lawan Mohd Ferdaus Suwardi tahun 2020, semasa pendakwaan dan dibacakan pertuduhan m, tertuduh ketawa besar ini kemungkinan dapat menyokong dakwaannya bahawa sewaktu melakukan pembu.nuhan dia adalah seorang gila.
Kronologi:
Pada 31 Julai 2017 tertuduh telah membu.nuh dua orang rakannya di rumah penyembelihan ayam, selepas selesai kejadian itu tertuduh telah pulang menemui ibunya di rumah, tertuduh membawa di tangannya senaskah alquran, sejadah, sebuah buku dajal dan sebilah parang. Tertuduh berkata kepada ibunya "abang telah membu.nuh dua orang syaitan".
Tertuduh mengatakan kepada ibunya lagi syaitan ini telah membulinya dan dia telah mengajak agar syaitan ini bertaubat selepas syaitan ini mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.
Tempat kejadian
Selepas beberapa hari iaitu pada 31 Ogos 2017 pemilik kepada rumah penyembilan ayam ini telah datang ke lokasi dan terbau benda busuk.
Hasil daripada siasatan polis, ma.yat yang dijumpai dalam keadaan yang sangat mengerikan apabila kedua-dua mangsa ini telah dite.tak dan salah seorang mangsa perutnya telah terburai.
Pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa jenayah ini telah dilakukan oleh tertuduh. Tertuduh telah dirujuk ke hospital jiwa di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk mendapatkan pemantauan dan pemerhatian sama ada tertuduh ini layak untuk dibicarakan. Sekiranya dia seorang yang gila dan tidak mempunyai kapasiti mental yang normal maka dai tidak boleh dibicarakan seperti orang biasa.
Selepas tempoh pemantauan itu, sekali lagi tertuduh telah dibawa ke hospital di Johor Bahru bagi pemantauan psikiatri. Kedua-dua hospital ini berpendapat tertuduh sebenarnya boleh dibicarakan seperti orang normal.
Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan sewaktu soal balas apa yang perlu diputuskan dibuktikan oleh mahkamah adalah sama ada sewaktu kejadian tertuduh ini adalah gila dan layak untuk mendapat pembelaan di bawah seksyen 84 Kanun Keseksaan iaitu sekiranya jenayah dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah mental maka ianya adalah merupakan satu pembelaan yang baik.
Sewaktu pembelaan di mahkamah pihak pendakwaraya telah membawa saksi dan pakar, berdasarkan bukti, sebenarnya tertuduh pernah pergi mendapatkan rawatan untuk sakit mental pada tahun 2016 iaitu setahun sebelum kejadian.
Namun berdasarkan keterangan mahkamah sebenarnya sakit itu adalah berpunca daripada pergantungan terhadap dadah oleh tertuduh.
Berdasarkan daripada siasatan mendapati sebenarnya sewaktu kejadian, tertuduh berada di dalam keadaan waras. Berdasarkan undang-undang di Malaysia sekiranya seseorang ingin menggunakan pembelaan sakit mental perlu dibuktikan sewaktu kejadian tersebut ianya tidak mempunyai pemikiran yang waras dan dia tidak tahu bahawa perbuatannya adalah salah di sisi undang-undang.
Pembelaan kes dan alasan tertuduh
Kata tertuduh kononnya dia sentiasa dibuli oleh kedua-dua mereka, malahan si ma.ti yang pertama telah mengajak tertuduh untuk melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Tertuduh berasa sangat tertekan malahan dakwaan tertuduh dia tidak ingat apa yang berlaku dan dia tidak tahu bagaimana kejadian ini boleh berakhir dengan kematian.
Tetapi di mahkamah selepas meneliti segala bukti pada hari kejadian iaitu sejak daripada pagi lagi tertuduh telah memastikan semua pekerja lain keluar ke pasar dan dia telah menguncikan pintu premis. Kemudian dia telah mengambil parang dari sebuah almari dan dia menarik sarung parang tersebut kemudian melakukan jenayah ini.
Selepas berjaya melakukan jenayah itu, tertuduh mengatakan bahawa tertuduh telah membersihkan diri dan segala kesan darah pada parang. Pada mahkamah ini adalah satu perbuatan manusia yang normal yang cuba menyembunyikan kejadian bu.nuh, tambahan apabila ditanya di mahkamah tertuduh juga mengakui ada merancang pembu.nuhan terhadap kedua-dua mangsa.
Oleh yang demikian mahkamah memutuskan bahawa pada waktu kejadian tertuduh adalah waras, oleh itu tertuduh telah dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu hukuman mati.
Jadi ambil iktibar dari kes ini jangan ambil undang-undang di tangan sendiri.
0 Comments