Setiap orang mahukan dalam hidup dia berada di atas puncak satu masa nanti, tapi tak semua mampu prepare apa akan berlaku selepas berada di atas puncak itu, adakah dia akan terus berasa selesa atau tak kisah apa yang akan berlaku selepas itu, kali ini kita akan kecilkan pada skop seorang usahawan sahaja tapi kalau anda nak cuba apply dalam hidup anda tak kisah berlatar belakangkan apa, anda cuba la terima pengajaran daripada kisah ini.
One time that, Syarikat Nokia pernah berada di suatu era atau kemuncak jayanya dari awal tahun 2000 hinggalah mencapai top jualan telefon yang tertinggi di dunia ketika itu, sehingga kilang-kilang besar Nokia yang berada di China, India dan Mexico pun mempunyai kakitangan berpuluh ribu orang. Nokia yang menghasilkan teknologi modennya ketika itu dipercayai, dan diguna pakai kalau ikut secara purata setiap negara mahupun isi rumah mesti ada seorang pengguna Nokia. Tapi akhirnya pada 2009 market value syarikat Nokia jatuh teruk akibat dari sikap ego mereka sendiri. Kenapa?
Seorang bekas pekerja Nokia mendedahkan perkara ini iaitu bernamaTracia Wang, dia seorang Etnografi Teknologi dalam syarikat Nokia. Kerja dia memang berkait dengan teknologi dan mengkaji bagaimana sebuah teknologi itu boleh mempengaruhi masyarakat setempat. Dia akan mengkaji, menanalisis, memberi konsultasi dan nasihat pada syarikat bagaimana satu-satu user tu akan menggunakan teknologi itu.
Pada tahun 2007-2008, masa ni syarikat Nokia merupakan industri utama yang menghasilkan dan menjual telefon yang mana market besar Nokia ketika itu datang dari India, China dan Mexico.
Jadi pada masa itu, kerja Tracia adalah kena mengkaji bagaimana seseorang yang berpendapatan rendah boleh menggunakan teknologi itu. Jadi kajian itu Tracia buat di China untuk menyiapkan tugas dia, dia perlu duduk bersama masyarakat China selama beberapa tahun. Seperti biasa Tracia ni menjalankan aktiviti sosial seperti orang lain menjadi peniaga jalanan, sentiasa berkomunikasi dengan pembekal serta selalu meluangkan masa malamnya di cyber cafe untuk menyiapkan kajiannya termasuk dia sempat bertanya pada pengguna cyber cafe macam mana nak menggunakan teknologi untuk berkomunikasi dan bermain game.
Sudah agak lama dengan kajiannya, Tracia Wang mula nampak satu perubahan besar bakal berlaku dalam penduduk China terutama golongan berpendapatan rendah. Satu perkara yang kita kena tahu, di China penduduk-penduduknya dikelilingi iklan-iklan mewah seperti iklan kereta, iklan jual apartmen, dan segala macam jenis iklan.
Walaubagaimanapun, Tracia nampak mostly penduduk China yang berpendapatan rendah ini tidak tertarik dengan semua iklan mewah itu kecuali satu iklan ini, iaitu iklan tentang iphone. Menjadi persoalan dalam dirinya, kenapa mesti iphone? Jadi dia mulalah bersembang dengan masyarakat setempat kenapa iphone ni menarik minat dorang, jawapan yang ditemui adalah mereka mengibaratkan iphone ni sebagai pintu masuk dan tiket kepada gaya hidup berteknologi tinggi. Apa yang menarik Tracia melihat penduduk adalah mereka sanggup membelanjakan separuh daripada gaji dorang untuk membeli telefon tapi telefon itu adalah telefon clone, telefon ciplak yang menyerupai iphone dan telefon premium lain ketika itu.
Sekitar 2008, produk untuk telefon fake, ciplak dan clone ini telah popular dan dilabel sebagai Shanzhai produk. Masa tu smartphone iphone original adalah yang terawal sudah mula ada di pasaran. Jadi Tracia Wang ni dah mula faham mengenai perspektif masyarakat China ketika itu, apa yang dia simpulkan smartphone ataupun iphone dan juga telefon mempunyai teknologi kehadapan ini bermakna untuk dorang, sampaikan penduduk yang paling miskin masa tu nak juga sangat memiliki sebuah smartphone, masyarakat China ketika itu telah nampak ia sesuatu yang baru, moden sanggup membuat apa saja untuk memilikinya. Jadi apabila Tracia Wang ni dah dapat dapatan kajian dia yang dia buat kat China tu tiba masa dia balik buat report pada Nokia apa yang dia faham tentang masyarakat China.
Perlu diingatkan ketika ini (2007) smartphone iphone baru mula launch, ramai juga masa tu yang masih tak tahu apa itu smartphone, yang mereka tahu telefon ni dari satu masa ke satu masa akan bertukar-tukar dia tak akan kekal pada satu, ala macam kita fikir dulu-dulu dan tak anggap pun masa depan telefon tu nanti adalah smartphone, yela ramai kata sapa nak bawa telefon berat-berat, bateri pun besar cepat habis, telefon pun kalau jatuh cepat rosak pecah, time tu fahamlah bukan macam telefon sekarang, masa tu smartphone pun besar bateri tak tahan macam telefon Nokia dan Sony Ericsson so inilah kekangan yang Tracia akan hadap masa tu dengan company Nokia, apa yang perlu dia jawab dengan soalan-soalan killer, ramai anggap masa tu smartphone bukanlah masa depan sebenar tapi dengan kesungguhan Tracia dia yakin sebab setelah bertahun lama di China dia nampak ada demand dan kemahuan untuk beli smartphone daripada masyarakat China tu.
Jadi masa presentation tu dia yakinkan Nokia supaya berhenti penuh untuk mengeluarkan telefon biasa, buat pula smartphone sebab akan ada demand yang tinggi lagipun database Nokia masa tu siapa saja yang tak tahu ramai penggunanya. Tapi sayang sekali Nokia tak tertarik langsung dengan apa Tracia Wang tu cakap, apa yang data Tracia Wang tu guna Nokia cakap bukan tepat tiada signifikan langsung sebab mereka kata database yang Nokia ada tiada tanda-tanda langsung user Nokia akan berpindah ke smartphone. Itu alasan pertama Nokia.
Yang kedua, data Tracia Wang ni Nokia kata hanya berjumlah ratusan orang saja masa kajian tu jika nak dibandingkan Nokia sendiri memiliki berjuta database user Nokia itu sendiri. Disebabkan itu Nokia lebih yakin dengan kemampuan yang mereka sudah ada. Tapi Tracia tetap dengan pendirian berkata database yang Nokia ada tu hanya data modal bisnes sedia ada, tapi sesungguhnya data Tracia Wang bawa tu adalah data yang special, unik, dan dinamik yang berada di luar market Nokia yang akan menjadi beberapa tahun akan datang.
Nota: Data yang Nokia ada masa tu yang kata data berjuta tu sebenarnya data survey dan tinjaun yang mana Nokia bertanya pada pengguna dorang sama ada dorang nak beli ke tak smartphone dalam masa dua tahun yang terdekat, kalau kita tengok balik pada tahun 2007-2008 smartphone baru je keluar dan baru je ada dalam pasaran, memang teknologi smartphone masa tu masih mentah dan pengguna sendiri tak faham apa itu smartphone dan sudah tentulah bila user tak faham apa itu smartphone dan mestilah dorang sendiri tak nak beli smartphone dalam masa dua tahun akan datang, inilah sebab dan alasan Nokia tolak teknologi smartphone ketika itu.
Akhirnya Nokia tolak cadangan Tracia Wang untuk jual smartphone atau kata lain Nokia memang tolak idea untuk ambil tahu tentang smartphone, mungkin masa ni Nokia sudah selesa dengan ideologi sendiri macam mana mereka sudah jana sebuah pendapatan hebat sehingga menjadi industri utama membekalkan telefon. Apakah jadi selepas itu, pada tahun 2009 Nokia terpaksa memberhentikan 1700 orang pekerjanya seluruh dunia sebab jualan telefon Nokia semakin menurun dan hujung-hujung tu Nokia baru sedarlah sudah terlambat buat perubahan yang mana market dorang ni telah diambil Apple, htc, Lg, Samsung dan brand lain-lain.
Data menunjukkan graf menurun dalam global pasaran jualan Nokia |
Kesimpulannya, walaupun data itu sedikit sebenarnya dia adalah bersifat hubungan mendalam antara manusia dengan pengkaji, bagaimana persepsi orang tentang teknologi masa hadapan, pendapat yang unik sebuah masyarakat mengenai teknologi baru manakala data nokia yang berjuta tu hanya bersifat kuantitatif tiada nilai dari segi emosi, dan juga pendapat bagaimana teknologi itu berfungsi, betapa pentingnya walaupun data itu sedikit tetapi kita boleh melihat kemahuan orang pada teknologi baru dan penerimaannya, mungkin yang sedikit itulah pencetus perubahan zaman dan Nokia tak sepatutnya ignore idea-idea bernas itu dan menyebabkan mereka lemas dengan keangkuhan sendiri.
0 Comments