Menyedihkan! Kisah Iman Badak Sumbu Sumatera Terakhir Di Malaysia Kini Pupus

Menyedihkan! Kisah Iman Badak Sumbu Sumatera Terakhir Di Malaysia Kini Pupus

 


Kenali Badak Sumbu Sumatera




Badak sumbu kerbau atau badak sumbu Sumatera ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. 


Badak ini terdapat di kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Tapi inilah kisah badak sumatera bernama Iman ni telah meninggal dunia, spesies terakhir di Malaysia.


Nama saintifik: Dicerorhinus Sumatrenesis

 


Ok bayangkan, tengok je peta di atas tak payah bayang, tanda oren perlahan tu asal usul badak Sumatera yang berada dari dahulu, yang oren kuat tu badak sumbu Sumatera yang masih ada, tapi untuk di Malaysia inilah bernama Iman telah meninggal dunia, spesies terakhir, kalau di Indonesia tak pasti masih ada lagi atau tidak.


Badak sumbu Sumatera yang terakhir di Malaysia ini diberitakan meninggal akibat masalah ketumbuhan pada uterus, Iman dilaporkan meninggal pada petang hari, spesies ini telah dikesan berada di Malaysia sejak Mac 2014. 


Iman Menderita Penyakit Itu Sejak Lima Tahun Lalu Sebelum Meninggal Dunia



Badak Sumbu Sumatera Yang Terakhir Di Malaysia


Berita ini telah disahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew, "meskipun mengetahui (kematian) ini akan terjadi dengan cepat atau lambat kita amat sedih dengan berita pemergiannya".


Beliau yang menyandang Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan Iman sebelum ini.


Siap jagaan yang terbaik, Iman dijaga di Borneo Rhino Sanctuary Lahad Datu sebelum Badak Sumbu itu dilaporkan menderita penyakit kanser.


Untuk rekod badak betina ini merupakan satu-satunya spesies badak sumbu Sumatera yang masih hidup di Malaysia selepas pasangannya yang dikenali sebagai Tam mati akibat uzur dan kegagalan organ dalaman.


Pihak Jabatan Hidupan Liar sudah menjangkakan  kematian Iman selepas kanser yang dihadapi dapat dikesan. 


"Ia dikesan menderita kerana kesakitan apabila kanser tersebut merebak ke bahagian pundi kencingnya".


Morfin telah digunakan untuk mengurangkan kesakitan tapi sudah tidak berkesan lagi. 


Badak sumbu Sumatera ini adalah sepupu kepada badak sumbu Jawa yang telah pupus di Tanah Melayu yang mana kali terakhir dilihat pada tahun 1932.


Ciri-Ciri


Berat seekor badak sumbu kerbau dewasa adalah antara 530 kilogram hingga 750 kilogram. Ketinggian bahunya ialah 1.2 meter. Kulitnya kasar, tebal, berlipat-lipat dan berwarna kekelabuan. Ketebalan kulitnya antara 5 milimiter hingga 14 milimeter. Berbeza dengan badak-badak lain, badak kerbau mempunyai dua sumbu.


Faktor Pupus

Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu kerbau dan menghalangnya kembali ke tempat pasangannya untuk mengawan. Hal ini menjejaskan pembiakan badak sumbu kerbau. Selain itu, badak sumbu kerbau juga menjadi mangsa pemburu haram yang membunuh untuk mendapatkan sumbunya. Sumbu badak ini telah dikatakan boleh dijadikan ubat untuk menambahkan tenaga dan menyejukkan badan.


Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam hutan kelompok kecil di Indonesia dan Malaysia. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Taman Negara Malaysia.


Menyedari ancaman terhadap spesies badak ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia telah membuka sebuah pusat pemeliharaan badak sumbu Kerbau di Hulu Selangor, Selangor sejak tahun 1984. Di sini, haiwan ini dipelihara di dalam kandang yang menyerupai habitat asalnya. Ada juga yang dilepaskan dalam kawasan seluas 10 hektar untuk tujuan pembiakan.


Badak sumbu Kerbau telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada 12 haiwan yang paling diancam kepupusan di dunia oleh Pemuliharaan Semulajadi dan Sumber Semulajadi Antarabangsa (International Conservation of Nature and Natural Resources). Dalam "Persidangan Pakar Badak Asia 1987" (The Asian Rhino Specialist Group Conference), subspesies Harrisoni (Dicerorhinus sumatrensis harrissoni) yang hanya terdapat di Borneo telah dianggapi sebagai subspesies yang paling terancam.


Pupus Di Habitat Malaysia


Pada 21 Ogos 2015, dalam satu siri laporan penyelidikan yang diterbitkan di Oryx, Jurnal Pemuliharaan Antarabangsa. Sekumpulan saintis dari University Copehangen, Denmark telah menulis bahawa selain dua ekor badak sumbu Sumatera yang hidup dalam tangkapan pada tahun 2011 dan 2014, tiada lagi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa haiwan ini masih hidup bebas di hutan belantara di Malaysia, walaupun usaha menjejaki kelibat haiwan ini sudah dijalankan bertahun-tahun, namun tiada rekod ia dijumpai. Laporan penyelidikan ini telah disediakan dan ditelaah secara bersama oleh 11 orang pakar pemuliharaan.

Post a Comment

0 Comments