Fatiya Latif, 34 seorang pelakon jelita yang berbakat dan dikenali ramai. Beliau bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 2009. Namun sejak kebelakangan ini beliau banyak terpalit dengan pelbagai kontroversi yang sedikit sebanyak telah memudarkan namanya sebagai anak seni.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini sebenarnya sangat berbakat dalam bidang lakonan. Setelah sekian lama menyepi, akhirnya Fatiya mula bergiat semula dalam bidang seni. Imejnya tampil lebih segar dan jelita.
Namun ramai peminat seperti tidak mengenalinya. Wajahnya dikatakan berubah sehingga peminat tidak percaya gambar tersebut adalah wajah Fatiya Latif. Salah seorang netizen telah mendedahkan Fatiya telah menggunakan 'filler' iaitu sejenis cecair seperti jelly yang dicucuk masuk ke dalam kulit muka melalui hidung dagu dan pipi. Ia bertujuan untuk menganjalkan dan menengangkan kulit. Namun kebenarannya masih tidak dipastikan.
Dalam media sosialnya, Fatiya banyak berkongsi rawatan kulit wajahnya di sebuah klinik kecantikan. Rawatan tersebut telah menaikkan lagi seri wajahnya.
Diharap netizen jangan cepat melatah sekiranya perkara tersebut belum dapat dipastikan. Moga Fatiya terus istiqamah dan tabah dengan cabaran yang dihadapi di hari mendatang.
0 Comments