Orang Ramai Terkejut | Gadis Nekad Minta Sumbangan Duit Untuk Kenduri Kahwin Dalam Group Bendera Putih

Orang Ramai Terkejut | Gadis Nekad Minta Sumbangan Duit Untuk Kenduri Kahwin Dalam Group Bendera Putih

 


Seorang gadis bernama Isabella telah mengejutkan orang ramai dengan permintaanya yang dikatakan tidak masuk akal. Beliau yang hendak berkahwin meminta bantuan orang ramai menghulurkan sumbangan untuk majlis kenduri kahwinnya yang berlangsung dalam masa terdekat.



Menurutnya, sebelum ini  anggaran bajet kenduri kahwinnya mencukupi. Namun setelah itu,  perbelanjaan kenduri kahwinnya melebihi bajet sehingga bajet makanan kepada tetamu tidak mencukupi. Dia berusaha meminjam dengan orang sekeliling tetapi gagal. Oleh itu, dia nekad untuk meminta sumbangan wang daripada ahli group tersebut. 


Jika ada yang nak meminjamkan wang sekalipun dia sanggup untuk membayarnya ketika mendapatkan gaji pada hujung bulan nanti. 


Hantaran  status ini sangat mengejutkan ahli group. Sedangkan tujuan group itu ditubuhkan adalah untuk membantu dan berkongsi rezeki  dengan memenuhi keperluan asas golongan yang terjejas teruk akibat pandemik yang melanda. Selain itu, ia adalah satu platform yang memudahkan orang ramai untuk memohon bantuan. 


Permohonan bantuan untuk kenduri kahwin dilihat tidak wajar kerana jika tidak mampu, pasangan boleh menyambutnya secara sederhana tanpa melibatkan bajet yang besar. Bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri betul tak?




 Bantuan dan sumbangan dalam group tersebut didahulukan dengan memenuhi keperluan asas keluarga yang terjejas.


Apa kata netizen? 


“ Permintaan tak masuk akal



“ Bajet kecil, buat majlis ringkas






Post a Comment

0 Comments