Assalamualaikum..halo semua..
Pengalaman seram Wak Senan yg dulu pernah duduk disebuah kampong pada tahun 60an-70an.. “Wak Nan…ceritakanlah pengalaman wak semasa duduk kampong dulu..”saya mulakan perbualan dgn wak Senan “Yang biasa2 ke yg seram2 kau nak wak ceritakan?” dia tersengih sambil menghirup kopi O panasnya.“Ai..tentulah yg seram…saya nak tulis ni..nak share kat facebook..”saya menyambung.
“Ok lah..ni wak cerita masa wak muda2 tinggal kat kampong lama wak tu…tapi kampong tu sekarang dah jadi kawasan estet perumahan …dulu kampong wak ni tak ada letrik..pakai lampu minyak tanah atau lampu-pam..jadi bila malam memang gelap sangat..orang2 kampung kalau nak berjalan kemana pun terpaksa bawak lampu suluh…kalau jalan dalam gelap takut terserempak babi hutan atau terpijak ular..lagi kalau musim hujan..macam2 binatang akan keluar merayau..” Wak Senan mulakan ceritanya.
“Masa dulu mana ada jamban tarik macam sekarang?…tiap2 rumah ada jamban sendiri yg terletak kat belakang rumah atau jauh sikit..sebab kalau jamban tu dah penuh dgn kunyit dia punya bau boleh menyengat hidung..kita naik basikal pun terpaksa tutup hidung gunakan tuala atau saputangan..dan bila angin bertiup kearah rumah kita..aroma yg tak enak akan masuk kerumah kita..terpaksalah tahan hidung waktu tu”wak Senan tersengih.
“Pada satu malam ni wak punya perut memulas pulak..waktu tu dah pukul 2 pagi..wak rasa wak makan sambal berlebihan sewaktu makan kenduri arwah kat rumah kawan wak yg kematian ibunya..wak terpaksa juga bangun dan dengan tak buang masa terus ambil lampu suluh dan pergi ke jamban yg terletak kat belakang rumah..jamban tu dikelilingi semak samun dan pokok2 besar..dengan berjalan cepat kerana tak tahan memulas wak pun masuk jamban…tak berapa minit tu sedang wak sedang meneran terdengar ada ketukan dipintu jamban tu..takkan ada orang nak masuk jamban juga? kata wak dlm hati sebab bila wak nak keluar tadi keluarga wak semua sedang tidur..
“Kau ya Nin?” wak bertanya sebab wak fikir adik wak nama Senin tu nak masuk jamban juga..dia ni pun suka berak malam..kalau adek perempuan wak nama Senah tu nak pergi jamban kena berteman sebab dia tu penakut dan lemah semangat..
“Kau nak berak ya Nin?..tunggu kejap aku keluar..”wak bersuara lagi bila pintu diketuk berkali kali membuat wak tak senang hati.Wak pun membersihkan diri dgn air dari tempayan yg berada didlm jamban itu lalu wak pun keluar..bila wak keluar tak ada siapa disitu..tapi wak berfikir mungkin seekor cicak tokek yg mengetuk ngetuk ekornya waktu musim mengawan..wak pun menggelengkan kepala saja tapi sebaik saja wak melangkah masuk kerumah wak….. terdengar seperti taburan pasir di atas bumbung zinc jamban itu..wak tengok kearah itu tapi tiada siapa disitu…wak berfikir mungkin kak pon atau langsuir cuba nak main2 dgn wak….
Ada satu kisah wak ingin mandi sebab wak baru pulang dari menolong mak dan bapak mengurus kebun..sedang wak mandi wak rasa ada benda yg memandang wak ..…mata wak terus terpandang sosok perempuan sedang duduk bertenggek atas dahan pokok belimbing disebelah perigi…. matanya tajam memandang wak..wak fikir itu mesti kak pon nak ganggu wak sedang mandi..”Oi kau nak apa datang sini kacau aku? Wak pekik padanya tapi dia tetap merenung wak..tiba2 dia melayang turun sambil membuka pakaiannya dan menerpa pada wak dgn bertelanjang dan cuba merangkul badan wak..wak pun apalagi dgn pantas terus menimba air dari perigi dan menjirusnya beberapa kali..dia pun melepaskan wak sambil menjerit dan terus melayang semula keatas pokok tadi dan terus menghilang…wak pun teruskan mandi hingga selesai…dan dalam perjalanan wak menuju rumah , wak terdengar bunyi daun2 bergeseran seperti ada yg sedang mengikut wak..wak tak pedulikan itu juga dan terus solat maghrib..
Setiap bulan di kampong wak akan diadakan tayangan film dan ditayangkan disebuah tanah lapang berdekatan dgn kebun getah.. tak kiralah film apa..kadang2 film orang putih, kadang2 film hindi dan film2 melayu…ramailah orang2 kampung datang untuk menonton..kebetulan malam itu ditayangkan film P.Ramlee cerita bujang lapok maka penuhlah padang itu..masing2 membawa tikar dan makanan dari rumah..ada juga yg ambil peluang menjaja makan dan kuihmuih..wak juga datang menonton..masa tu wak naik basikal dari rumah..keluarga wak yg lain tidak menonton sebab mereka telah pergi ke Muar Johor utk sesuatu urusan jadi wak seorang diri pergi tengok wayang..
Dalam pukul 11.30 malam wayang pun habis..orang2 kampung mulai berangkat pulang dan wak pun mengayuh basikal untuk pulang..dalam perjalanan pulang tu wak terpaksa merentas kebun2 getah..tiada ramai yg berlalu dikawasan itu..hanya beberpa orang kampong yg bersama wak…bila mereka sampai ketempat masing2 maka tinggallah wak seorang diri mengayuh basikal..tiba dikawasan kubur wak merasa tak sedap hati..mulut komat kamit membaca suarah tiga qul yg dapat wak ingat..kawasan situ memang sangat sunyi melainkan bunyi2 jengkerik dan katak dan sekali sekala juga terdengar suara burung hantu..wak teruskan berbasikal dan cuba bertenang…tiba2 muncul tiga bola api melayang didepan wak…wak hampir2 terjatuh dari basikal..bola2 api itu mengelilingi wak…wak pun baca surah tiga Qul beberapa kali dgn sekuatnya… salah satu bola api itu jatuh depan wak ..dia bertukar menjadi anjing hitam yg besar dgn bermata merah dan lidahnya yg panjang seperti hendak menerkam wak..wak tetap membaca tiga qul sekuatnya.. akhirnya dia terbakar dan disitu berbau seperti tayar hangus…yg lagi dua bola api telah tidak kelihatan lagi dan wak pun teruskan perjalanan pulang…sampai dirumah wak masih merasa gementar dan cuba lupakan kisah ngeri itu tadi…
Itulah cerita wak da nada jugalah cerita2 seram dari keluarga wak yg lain..lain kali nanti wak ceritakan pada kamu ya?” wak Senan memandang muka saya setelah menghabiskan ceritanya tadi.
Jadi itulah serba ringkas cerita dan pengalam seram dari Wak Senan dan jika dia nak ceritkan kisah2 seram dari pihak keluarganya pulak akan saya share kat sini..
Sekian dan terima kasih…..
0 Comments