Penjara Terkenal Dan Digeruni Di Thailand | Mitos tiada jalan keluar melainkan mati

Penjara Terkenal Dan Digeruni Di Thailand | Mitos tiada jalan keluar melainkan mati

 


Di Thailand terdapat 144 buah pusat tahanan (penjara) dan di Bangkok saja ada 11 buah pusat tahanan. 


Ranking 2 Penjara Klong Prem Central Prison




Menempatkan banduan dengan hukuman penjara antara 10 hingga 50 tahun, banduan yang famous pernah masuk di sini adalah Xavier Justo, Xavier Justo merupakan Bekas Pengarah Petrosaudi Antarabangsa yang pernah bergaduh dengan Najib tentang isu 1MDB, dia telah mengugut Petrosaudi mengenai maklumat rahsia selepas dipecat, dia ditahan di Thailand dan sekarang telah bebas selepas mendapat pengampunan diraja Thailand. Justo ni juga antara penyalur maklumat kes 1MDB semasa Najib jatuh ( semasa kerajaan PH naik dia orang yang memberi maklumat mengenai Najib pada Sarawak Report ). Selepas PH jatuh Xavier Justo terus terbang ke negara asal Switzerland kerana risaukan keluarga.


Balik pada cerita penjara ini, masalah utama adalah kesesakan, bagaimana sebuah penjara muat 20 banduan tapi meletakkan 80 banduan di dalam. Kapasiti penuh penjara ini adalah 107,000 banduan tetapi banduan yang ada sekarang mencecah 300-400 ribu orang begitu sesak. Penjara ini adalah rekod penjara yang terpadat di asia tenggara. 


Penjara ini juga banduannya terpaksa tidur bergilir-gilir, kerana tempat yang sesak. Lampu sentiasa pasang kerana keselamatan untuk monitor banduan yang ramai. 


Sistem kehidupan penjara di Thailand "cash is king" siapa ada duit dia mampu bertahan dalam tu, sebab makanan yang disediakan adalah nasi kosong dan sup ikan sehari sekali. Jadi bila banduan ada duit dia boleh beli la makanan di kantin. Kelebihan banduan yang ada duit ni juga, dia boleh upah orang basuh baju, dia boleh dapat geng ramai, boleh beli barangan keperluan harian dan semestinya senang dapat pengaruh. Tidak lupa boleh juga deal dengan penjaga beli barang terlarang tapi dengan harga mahal.


So itu kehidupan banduan yang kaya, kalau banduan miskin memang rasa betul-betul neraka la. Keselesaan di penjara Thailand memang tiada, memang terlampau kotor tidur pun berhimpit ditemani  tikus-tikus, lepas tu masa tidur pun boleh ada serangga-serangga lain macam lipan. 


Bagi kerajaan banduan memang berhak dapat rasa macam tu, supaya tidak buat salah senang-senang. Sememangnya penjara di Thailand memang selalu dapat kecaman dari ngo-ngo tertentu. Datang Thailand jangan cuba-cuba buat jenayah kalau cuba memang mendapat la.


Ranking 1 Bangkwang Central Prison


Orang tempatan memanggil Penjara Bangkwang ni "big tiger" kerana penjara ini diibaratkan masuk ke dalam perut harimau. Takkan keluar dah. Semua yang ada di dalam tu yang hardcore-hardcore dan susah dikawal.


Bila dah hardcore penjara lain tak boleh handle banduan akan dihantar ke 'big tiger' untuk dijinakkan. Mitos berkata setiap banduan yang masuk di sini akan kekal di sini, hanya keluar sebagai 'mayat' kerana Bangkwang menempatkan banduan yang dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dan juga banduan akhir. Di sini terdapat pembunuh, perompak, pengedar dadah, gangster dan mafia. 


Dulu hukuman mati di Bankwang adalah dengan cara ditembak namun sejak 2003 hukuman tembak diganti dengan suntikan maut. Penjara ini juga digelar 'Bangkok Hilton' kerana ramai warga asing di dalam. 


Di penjara ini juga banduan akan dipakaikan rantai di kedua-dua belah kaki dan rantai tu akan disambung ke pinggang, tiga bulan pertama rantai tu akan dikekalkan dan menjadi sebahagian dari hidup mereka sehinggakan ada banduan akan mengalami tekanan mental dan cuba membunuh diri.






Post a Comment

0 Comments