Penyanyi Rock 'Cinta Untuk Nabila' Pengsan Sebelum Meninggal Dunia

Penyanyi Rock 'Cinta Untuk Nabila' Pengsan Sebelum Meninggal Dunia

 


PEMERGIAN Allahyarham Ustaz Radzi atau Mohd Radzi Abdul Hamid, 55, vokalis kumpulan rock Melissa yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ dianggap kehilangan besar kepada dunia dakwah dan seni tanah air. Bekas penyanyi kumpulan Kool, Zack atau nama sebenarnya, Zulkifli Mohamad, 52, berkata Ustaz Radzi yang dikenalinya sejak 2006 adalah lelaki yang berilmu, peramah dan mudah didekati.


Katanya, sebelum kejadian beliau bersama Allahyarham berada di belakang pentas di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur dan sepatutnya Ustaz Radzi menyampaikan tazkirah selepas menyanyikan lagu pertamanya. “Sepatutnya selepas lagu pertama, Ustaz Radzi menyampaikan tazkirah selama lima minit sebelum menyanyikan lagu kedua iaitu lagu ‘Cinta Untuk Nabila’ yang diubah kepada ‘Cinta Untuk Nabi Lah’.


“Selepas dia jatuh, saya cuba memberi bantuan awal kecemasan, manakala rakan lain mengajar beliau mengucap dan menyebut nama Allah. “Apa yang dapat saya katakan, pemergiannya sangat mudah dan tenang, keadaannya seperti tidur,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Ustaz Radzi di Kampung Kemunting, Jitra, malam ini.


Zulkifli yang mewakili Persatuan Seniman Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap semua pihak reda dengan apa yang berlaku. “Ustaz Radzi sangat bersemangat ketika sesi bergambar bersama rakan ahli kumpulan Melissa sebelum menaiki pentas, semasa ceramahnya sehari sebelum itupun dia lain daripada yang lain.


Post a Comment

0 Comments