Perjalanan Lakonan Nur Misha Hampir Ke Puncak Tapi Diuji Sesak Nafas Sebelum Meninggal Dunia

Perjalanan Lakonan Nur Misha Hampir Ke Puncak Tapi Diuji Sesak Nafas Sebelum Meninggal Dunia

 



Namanya mungkin tidak terkenal namun wajah dan lakonannya tetap diingati ramai. Nurin Misha atau nama sebenar beliau Nor Amisah Abdullah (52) telah ditemui anaknya meninggal dunia di kediaman beliau pada pukul 9.30 pagi di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. 


Hasil laporan bedah siasat mendapati beliau mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Babgko, Jalan Kuching. Nurin Misha meninggalkan suami dan lima orang anak. 


Beliau  bermula menjadi pelakon ekstra. Kemudian bakat lakonannya menyerlah dan sering tampil di setiap drama,  telefilem dan filem.   Antara filem lakonan beliau yang popular  seperti  Juvana dan Munafik 2. Beliau juga turut berlakon dalam drama popular 7 hari mencintaiku, Juvana, Bahagia Bukan Bidaan dan Cinta Tiada Ganti. 






Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Marilah sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Arwah Nurin Misha.

Post a Comment

0 Comments