"Selepas Kejadian Ikan Siakap Ramai Nak Tahu Ikan Apa Lagi Yang Betul-Betul Mahal?.."

"Selepas Kejadian Ikan Siakap Ramai Nak Tahu Ikan Apa Lagi Yang Betul-Betul Mahal?.."

 


Tular sejak kebelakangan ini menyatakan makan di sebuah restoran atas laut atau sangkar ikan Kilim di Langkawi 'cekik darah'. Namun bukan itulah yang admin nak kongsi bercerita. Tapi la, soal makan mahal tu masing-masing punyala sikap owner nak untung sebab orang niaga, customer pula mesti ada egonya yela orang kata 'customer always right'. Bagi admin itu misscomm je, apapun setel dengan cara baik.


Ok harini admin nak bagitahu kelas-kelas ikan daripada murah hinggalah yang ke mahal. Jujur la ikan siakap tu boleh jadi tambah pendapatan untuk owner kedai sebab satu ikan tu banyak juga kebaikan dari sudut kesihatan. Tambahan lagi ikan siakap ni level pertengahan juga mungkin dia adalah ikan yang bersesuaian dalam hidangan makanan laut dan masih mampu dibayar plus minus RM3000 untuk 1kg hingga 10kg. Admin bagitahu ni jika korang nak merasa habis duit, boleh kongsi-kongsi sebab pengalaman masa bercuti bukannya selalu.


Lagi satu admin nak compare, kalau ikan-ikan di bawah ni dibuat cara siakap dalam menu hidangan, dekat rm10k pun boleh habis, so tak bersesuaian. Jadi paham jela ikan siakap ni menguntungkan dari sudut macam mana, most popular at the seafood restaurant. Ni dari sudut ikan hidup la ya.


Ok kita go through dengan ikan biasa hingga ikan mahal:


Ranking 5 Ikan Ketutu


Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.


Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.


Ranking 4 Ikan Patin Muncung


Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.

Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.


Ranking 3 Ikan Semah


Ikan Semah berasal dari spesis ikan Tor Labeobarbus. Ikan sungai ini hanya boleh didapati di dalam hutan dara Borneo. Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.


Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.


Ranking 2 Ikan Jelawat


Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut.


Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.


Ranking 1 Ikan Empurau


Ikan Empurau berharga RM550 sekilogram. Ikan air tawar ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja. Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin.


Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan ‘Engkabang Fruit’ sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching dengan harga RM2,000 sekilogram.

Post a Comment

0 Comments