Hidup sebatang kara selepas kematian nenek dan bapanya |
Seorang budak lelaki yang berasal dari Vietnam baru berusia sepuluh tahun telah hidup sebatang kara selepas kematian nenek dan bapanya baru-baru ini.
Sedutan dokumentari yang dibuat oleh sekumpulan wartawan menunjukkan sejak dari kematian bapa dan neneknya, dia berusaha bercucuk tanam.
Hasil daripada tanaman itu dia ambil untuk memenuhi perutnya setiap hari. Antara makanan rujinya setiap hari adalah nasi, sayur beserta ubi kayu.
Kanak-kanak itu juga dikatakan telah kehilangan ibunya sejak dia kecil lagi sementara bapanya sebelum ini bekerja sebagai pekerja pembinaan di bandar.
Beliau tetap pergi ke sekolah seperti biasa dan tidak mahu pindah ke mana-mana kerana ingin menjaga rumah pusaka itu.
Dia juga telah diberi keluarga angkat oleh pihak sekolah namuan ditolaknya kerana ingin menjaga kampung halaman.
Sumber: https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=755369511628408
0 Comments