'Shuib Didiagnos Sebagai Pesakit Mental? Hari-Hari Jumpa Pakar Psikiatri'

'Shuib Didiagnos Sebagai Pesakit Mental? Hari-Hari Jumpa Pakar Psikiatri'

 


Nak masuk 3 bulan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah,  pelawak, pelakon Shuib Sepahtu mengakui masih belum dapat terima sepenuhnya di atas pemergian isteri tercinta.


Sebelum ini Shuib yang sentiasa diurus arwah Siti Sarah seolah-olah sudah rasa hidup ini kosong, tidak punya apa-apa kerana insan tercinta sudah tiada. Tapi dia tetap bersyukur kerana emosi anak-anak masih terkawal.


"Sebelum ini hampir semua benda saya bersama Sarah, saya akui yang saya mengalami masa kesukaran sekarang ini sejak bergelar bapa tunggal, namun melihat emosi anak-anak alhamdulillah".


"Sejak dia  (Siti Sarah) tiada di sisi ini, bukan hanya separuh bahkan saya seolah hilang kesemuanya dalam hidup ini terutama dalam perniagaan dan kerjaya sebab kami biasa kongsi masalah bersama".


Shuib juga menyatakan dia risau tentang keadaan mental dia sebab itulah dia berjumpa dengan doktor setiap minggu untuk periksa kesihatan mentalnya.


"Salah satu perangai pelik saya, saya akan berkongsi masalah saya hanya dengan arwah Siti Sarah sebab setiap isnin dan jumaat saya akan ziarah dia, saya tidak akan kongsi masalah even dengan mak atau mentua saya".


"Disebabkan itu saya setiap hari memeriksa tahap kesihatan mental saya, doktor ini pernah menjaga Sarah dulu".


"Ia juga memastikan tahap kesihatan mental saya berada di tahap terbaik, kerana ia berkait rapat dengan emosi dan badan kita, alhamdulillah saya syukur saya masih ada keluarga yang baik membantu saya setiap masa", Katanya.

Post a Comment

0 Comments