Shuib atau nama sebenarnya Shahmira (37) hari ini berbangga dengan produk minuman keluarannya Bubble Bee yang kini membuka cawangan yang ke-41. Cawangan ini istimewa kerana ia milik seorang artis muda iaitu Naim Daniel.
Perniagaan ini adalah hasil usaha penat lelahnya dengan arwah Siti Sarah sehingga berkembang maju sehingga kini. Bubble Bee menggunakan madu asli di dalam minuman mendapat sambutan rakyat Malaysia kerana ia sesuatu yang baharu dan unik. Belum ada lagi mana-mana syarikat yang mengkomersialkan madu sehingga menjadi minuman teh susu dan teh buih dengan hidangan yang moden dan kekinian.
Shuib turut menggantung gambar Siti Sarah dengannya di dalam outlet tersebut. Perasaan hiba tetap terasa dengan mengenang isterinya yang sama-sama berjuang dengannya dalam memajukan perniagaan madu mereka.
Netizen juga masing-masing berkongsi rasa sebak ketika melihat gambar arwah Siti Sarah. Seorang isteri yang sama-sama berjuang ketika Shuib tiada apa-apa sehingga menjadi jutawan pada hari ini.
Shuib tetap bersemangat untuk memvesarkan anak-anak disisi walaupun dia akui sangat perit tanpa Siti Sarah.
0 Comments