Pada 4 September 2006, Steve Irwin atau dikenali sebagai otai dalam rancangan Crocodile Hunter nak shoot satu dokumentari, pada hari kejadian cuaca tak berapa baik, agak gelap, haiwan dalam laut pun susah nak cari.
Jadi, dia membuat keputusan untuk berpatah balik join family dia buat aktiviti laut iautu snorkling. Masa snorkling tu dia ternampak Stingray (spesies ikan pari; short tailed stingray).
Stingray yang dia jumpa tu antara yang besar la dalam spesis tu, masa tengah snorkling tu juga dia bersembang dengan photographer dia Justin Lyon "macam mana kita nak mula ni" Justin pun kata la kita buat macam ni macam ni, dia ikutla apa yang Justin Lyon mahukan.
Steve Irwin mula jump ke dalam laut untuk snorkling dan sesi shoot, ok bayangkan masa tu Stingray berada di dasar dan Steve datang dari belakang ikan itu. Cahaya matahari berada di belakang Steve.
Masa dah dekat dengan Stingray tu, tiba- tiba ekor pari tu cucuk dada steve dalam masa singkat dengan ratusan kali, pada masa tu dada steve tidak henti-henti darah keluar. Justin Lyon yang melihat keadaan itu terus dia meletakkan kameranya untuk bantu Steve naik ke atas bot.
Masa atas bot Steve sempat berkata "saya begitu sakit, saya nak mati".
Sampai ke hospital dalam keadaan tak sedarkan diri, doktor sahkan dia telah meninggal dunia. Ringkas kematian Steve.
Berbalik cerita tadi kenapa Stingray tiba-tiba terus cucuk dada Steve.
Ingat tak tadi cahaya matahari membelakangi Steve, so bayang-bayang Steve berada di atas menampakkan macam seekor jerung dan jerung ini adalah pemangsa kepada ikan pari.
Apabila Stingray itu berasa terancam dia naikkan ekor dia cucuk dada Steve tu berkali-kali.
Tusukan atau cucukan stingray itu betul-betul mengenai dada Steve, dekat ekor pari ni tengah-tengahnya dinamakan Barb, jadi Barb ini keras, menggerigi dan berbisa. So Barb ni betul-betul kena bawa jantung Steve, doktor sahkan jantung Steve pun bocor kerana tusukan ekor tu.
Barb tu berada di tengah-tengah ekor ikan pari, Steve ditusuk bukan dari hujung tap dari tengah |
panjang Barb mencapai satu kaki |
Jadi mesti kita terfikir Steve dicucuk hujung ekor ikan pari tetapi sebenarnya dia dicucuk di tengah-tengah ekor ikan pari tu, senjata tu dia memang tersorok.
Masa berita kematian Steve mula-mula ramai kecam Steve sebab dia macam provoke ikan tu, sebab orang tahu ikan pari berbisa dan ada senjata dekat ekor.
Jadi jasa Steve ni besar juga, sebelum dia mati dia ada cakap "aku mungkin nampak bodoh bila anda semua nampak aku disengat, digigit, tetapi sebenarnya aku mahukan pengajaran dan belajar untuk anda bagaimana atasi satu-satu bisa, serangan dan gigitan".
Moral of story bila kita nampak ikan pari jangan cuba approach dia dari belakang yang boleh menampakkan bayang-bayang seperti mengancam ikan itu.
0 Comments