Syair 'Apokalips' Dijadikan Lagu, Apa Maksud Sebenar Penulis Lirik iaitu Arwah Loloq?

Syair 'Apokalips' Dijadikan Lagu, Apa Maksud Sebenar Penulis Lirik iaitu Arwah Loloq?

 


Allahyarham Rosli Khamis atau lebih dikenali dengan nama seninya Loloq seorang yang suka akan buku. Dunia bukunya atau ketaksuban pada buku itu dipilih bagi menghiburkan hati dia yang merasai diri ini kosong perlu diisi dengan ilmu, ketenangan dan keasyikan.


Namun bukanlah buku-buku kosong seperti majalah mangga, urtv tetapi buku yang menjadi peneman dalam hidup arwah Loloq adalah buku syair seperti Mathnawi Rumi, jika penyair Rusia beliau meminati Alexander Pushkin, Rabinranath Tagore seorang penyajak dari India.


Tapi hari ini kita mahu menghuraikan apakah makna di sebalik syair apokalips ataupun Lagu Apokalips yang dinyanyikan oleh M.Nasir sendiri.


1 2 3 Do Re Mi
// Kita manusia selalu berfikir tentang duit & hiburan


Apa nak jadi
Alif Bata A B C
// Kita meminggirkan al-Quran dan juga ilmu yang bermanfaat


Apa nak jadi
Akan terjadi
// Qada & qada


Hujan pasti berhenti
// Alam mengikut peredaran yang telah ditentukan
// Hujan sebagai lambang rahmat yang pasti ada penamatnya


Ada masanya aku suka berteman
// Solat berjemaah & segala aktiviti bermasyarakat


Ada masanya aku suka bersendiri

// Solat tahajud, solat taubat, muhasabah diri


Ada masanya aku suka berjalan
// Menziarahi & bergerak mencari ilmu / rezeki / sahabat / hiburan


Ada masanya aku suka berehat
// Rehat dan tidur – itulah had kita sebagai makhluk yang pasti penat


Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
// Kita semua sama, “bebas” melakukan apa yang kita suka dengan izin Allah


Hidup dan nasib roler koster
// Roler koster – permainan yang mengujakan, kadang kita rasa takut, kedang kita rasa seronok. Begitu juga aras kebahagian dan rezeki kita, kadang ada, kadang tiada. Jika mahu thrill yg lebih menguja silakan pilih roler koster yg lebih mencabar, jika tidak pilih saja yg layaknya untuk kanak-kanak


Susah dan senang bersilih ganti
// Alif Laam Miim,[1]. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Surah Al-’Ankabut, ayat 1 & 2


Bila-bila boleh naik dan turun
// Kita tidak tau apa nasib kita maka ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.


Apokalips x 4


1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti


Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka


Artikel berkaitan: Tersirat Makna Di Sebalik 'Aduh Saleha' - Mawi

Post a Comment

0 Comments