Tersirat Di Sebalik 'Aduh Saleha' - Mawi

Tersirat Di Sebalik 'Aduh Saleha' - Mawi

 


Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi

Komposer : 
M. Nasir
Penulis Lirik : 
Rosli Khamis (Loloq)

ADUH SALEHA


// Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah
Mana rayuanku hendak ku sampaikan


// Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat

rindu berahiku pada kasih yang jauh


// Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya

jauh bukan jarak dan tempat


// bukan jauh jarak atau di mana aku berada
jauh nama dan pangkat


// tapi jauh dari segi amalanku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan


// Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung
dendam asmaraku pada cinta yang luruh


// Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad
luruh bukan daun dan bunga


// Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit

luruh jiwa dan badan


// tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya


// Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya
(adakah sekadar disandar bukan dikandar ?)

tak mungkin padam cahaya


// kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya

cintamu bagai rembulan


// Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan ada

hilang dipandangan
kala langit dilindung awan


// Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas


// Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedonisme berleluasa)

barulah ku sedarfairuzhafeez.net
yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca


// Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya. Banyak benda-benda yang haram dan syubahah kita anggap halal dan baik. Benda yang sebenarnya memudaratkan kita tetapi kerana nafsu dan godaan syaitan kita lalai dan alpa.

Sesudah berdarah
barulah ku sedar


// Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala / musibah baru kita tersedar dari angan (mungkin bala itu akan menimpa kepada seluruh masyarakat)

jiwa ku tercalar ohhh..sakitnya
bukan kepalang


// Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah – nasib hidupku saleha


// Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)
Kau biarkan aku sendiri melewati sepi – dalam hidupku saleha


// Kita sudah kesepian (sepi dari keberkatan) kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh. Ramai yang gagal mencapai taraf mu’min (hanya sekadar muslim sahaja). Sekdar manusia tapi buakn insan (manusia yang mencapai taraf Ehsan).

kau biarkan aku sendiri meratapi nasib – dalam derita saleha


// Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri. Selepas dibangkitkan di Padang Masyar abru kita tahu peribasaha “Jangan jaga tepi kain orang” adalah ratib yang salah.

ohh… saleha


// Tolonglah aku orang-orang yang soleh. Ingat !Gula tidak akan mencari semut, tetapi semutlah yangmencari gula. Jangan mengharapkan Ustaz datang mengajar di rumah tetapi kitalah yang kena cari Tok Guru dan belajar lagi. “Belajar hingga ke liang lahad” perlu dijadikan prinsip.


Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa
( sudah tiada)
.


Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang solehin dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.


Izinkan aku bertanya , Sesudah Nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan ?


Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin dalam kegelapan ?
Fikir dan jawab sendiri !!!

Post a Comment

0 Comments