Hamid Gurkha atau nama sebenar Abdul Hamid Bin Abdul Rahman lahir pada 22 Ogos 1933 di Segambut.
Merupakan seorang pelawak dan juga pelakon, jangan pandang rendah beliau pernah bawa balik trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1982.
Seorang Askar Zaman British
Kini usia Hamid Gurkha menjangkau 88 tahun. Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, Pak Hamid menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957).
Semasa Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 iaitu balai polis Bukit Kepong diserang oleh 180 penganas komunis, hati beliau melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis. Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera diangkat sebagai pejuang, beliau rasa terkilan.
Note: Mat Indera seorang pemimpin melayu komunis dikatakan menentang British.
Kenapa Tak Berlakon Lagi
Ketika ditemuramah Pak Hamid bersyukur beliau masih lagi sihat tetapi alasan dia tak berlakon disebabkan anak-anak dah tak bagi.
Sekarang beliau banyak habiskan masa dengan berehat di rumah bersama isteri, anak, cucu dan cicit.
"Dah lama pun saya tak berlakon sebab sudah berusia dan anak-anak tak izin memandu kereta langsung. Apa lagi berlakon, mereka minta saya duduk di rumah saja bermain bersama cucu dan cicit.
"Untuk kesihatan saya, Alhamdulillah masih sihat. Syukur, tak ada penyakit. Sekarang, saya tenang rehat-rehat di rumah," katanya.
Pak Hamid menetap di Sri Andalas Klang juga berkata rindu nak berlakon tu ada sebab berlakon tu pernah menjadi kerjayanya pada satu ketika dulu.
"Apapun, bila dah terlalu berusia lebih baik saya duduk di rumah saja. Rindu tetap ada. Sekarang pun, negara dilanda wabak penyakit dan kerajaan minta semua orang duduk di rumah.
"Saya tak bosan pun lama terkurung macam ini kerana sudah biasa. Lagi tenang dan rasa selamat," katanya yang memiliki lapan orang anak.
Ditanya mengenai sumbangan diterima ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, Hamid berkata dia ada mendapat bantuan barangan keperluan daripada Persatuan Seniman dan pihak Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).
"Kalau ada pihak nak beri sumbangan, saya terima. Tapi, tidaklah meminta. Alhamdulillah, setakat ini masih cukup semuanya.
"Saya ucap terima kasih pada pihak yang hantar bantuan. Alhamdulillah, segala rezeki daripada Allah," katanya.
Mengulas mengenai Ramadan, Hamid berkata dia jarang ke bazar membeli makana. Katanya, dia makan bersederhana saja.
"Saya makan nasi dan ikan masin pun boleh. Nak makan macam-macam, saya dah tak ada gigi,' katanya.
Hamid yang mula berlakon pada 1978, pernah membintangi filem seperti Panglima Badol, Gila- Gila, Jejaka Perasan, Sikit Punya Gila dan banyak lagi.
Petua Sihat Pak Hamid
Beliau selalu amalkan '3 Kul' setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh Kali.
Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit. Beliau juga amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Sejak 40 tahun lalu beliau tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Minuman bergas dan berais juga dielakkan. Lebih baik berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.
Komunis Takut Dengan Askar Melayu
Menelusuri sejenak pengalamannya sebagai anggota tentera, katanya, beliau menyertai pasukan tentera sekitar tahun 1950-an.
“Waktu itu di pekan, saya lihat ramai orang berkumpul, jadi saya pun pergilah. Rupanya ada tawaran untuk sesiapa yang nak jadi askar.
“Saya disapa oleh seorang pegawai tentera berpangkat sarjan, dia tanya saya nak jadi askar tak? Memandangkan saya tak kerja, saya pun kata memang saya nak, jadi alhamdulillah saya dapat jadi seorang askar Melayu,” katanya kepada Sinar Ahad baru-baru ini.
Tujuh tahun berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu Diraja memberikan banyak pengalaman kepada dirinya.
“Sebenarnya nama saya orang panggil Hamid saja. Masa saya masuk askar, ada satu kejadian yang menyebabkan perkataan Gurkha lekat pada nama saya sampai hari ini.
“Masa saya berkawad dekat Padang Square, Port Dickson, ada jurulatih mungkin dia tak tahu nama saya, dia panggil saya Gurkha. Jadi Gurkha itu dah lekat pada nama saya sampaikan orang panggil saya Hamid Gurkha,” katanya.
Ramai netizen juga bertanya Pak Hamid Kenapa masih belum terima gelaran Datuk sedangkan beliau juga antara senior soldier zaman British yang masuk dalam industri lakonan sekali menunjukkan sikap idolanya kepada orang ramai.
Istilah Gurkha merujuk kepada askar dari Nepal yang berkhidmat untuk tentera British selama lebih 200 tahun.
Menceritakan pengalaman sebagai anggota tentera, kata Hamid, antara yang tidak dapat dilupakan beliau adalah peristiwa bertempur dengan pengganas komunis beberapa kali di dalam hutan.
“Komunis ni sebenarnya sangat takut dengan askar. Ini berdasarkan cerita penggnas komunis yang berjaya kami tangkap.
“Dia cerita kalau mereka jumpa askar, memang mereka akan terus lari. Seboleh-bolehnya mereka tak mahu bertempur sebab kelengkapan mereka agak uzur berbanding kelengkapan askar pada waktu itu yang lebih canggih,” ceritanya.
Menurut Hamid, beliau bersyukur kerana tidak cedera sepanjang bertempur di hutan.
Biarpun Hamid Gurkha merupakan satu nama besar dalam industri seni tanah air namun beliau tetap memegang prinsip sentiasa merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ujarnya, apa yang penting adalah sikap menghormati mereka yang lebih tua.
“Hidup ini satu saja, jangan sombong dengan orang, sapalah walaupun sekadar memberi salam, tegurlah.
“Ke mana pun kita pergi, jangan sombong dengan orang, terutama mereka yang lebih tua daripada kita. Jangan sombong, jangan hidung tinggi,” katanya mengakhiri bicara.
Sambut Ulang Tahun Perkahwinan
Selamat Ulang Tahun perkahwinan Pak Mid dan Isteri Yang Ke 64 tahun, semoga pasangan ini bahagia ke jannah.. May allah bless both of you aamin |
Follow facebook Hamid Gurkha
0 Comments