Perasaan paling ditakuti oleh anak-anak ketika ibu atau bapanya meninggal dunia, dia tiada disisi. Begitulah perasaan hiba yang paling dalam dan tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata. Ini yang berlaku seorang tentera bila menerima pengkhabaran ibunya meninggal dunia di kampung ketika dia masih bertugas.
Sekuat mana pun seorang lelaki, sekental mana pun jiwanya dia berhak menangis walaupun ia seorang perwira dimedan perang. Terdengar suara ketuanya seakan memujuknya;
"Tentera juga boleh menangis. Tangisanmu adalah mulia, kerana tangisan untuk orang tua. Tiada salahnya untuk menangis".
Dalam Islam, tidak berdosa menangis ketika kehilangan ahli keluarga. Tetapi amat ditegah meratapi dan meraung menangisi jenazah. Hadis dari Umar bin Khatab radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
المَيِّتُ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ الحَيِّ عَلَيْهِ
Mayat disiksa kerana tangisan orang yang hidup untuknya. (HR. Bukhari 1292 & Muslim 930).
Imam an-Nawawi menjelaskan,
واختلف العلماء في هذه الأحاديث فتأولها الجمهور على من وصى بأن يبكى عله ويناح بعد موته فنفذت وصيته فهذا يعذب ببكاء أهله عليه ونوحهم لأنه بسبه ومنسوب إليه
Ulama berbeza pendapat tentang maksud hadis bahwa mayat disiksa kerana ratapan keluarganya. Majoriti ulama memahami bahawa hukuman itu berlaku untuk mayat yang berwasiat agar dia ditangisi dan diratapi setelah meninggal dunia. Kemudian wasiatnya dilaksanakan. Maka dia disiksa dengan tangisan dan ratapan keluarganya karena kematiannya. Karena dia menjadi penyebab adanya tangisan itu.
قالوا فأما من بكى عليه أهله وناحوا من غير وصية منه فلا يعذب لقول الله تعالى ولا تزر وازرة وزر أخرى قالوا وكان من عادة العرب الوصية بذلك
Mereka juga mengatakan, mayat yang ditangisi keluarganya dan diratapi tanpa ada wasiat sebelumnya, maka dia tidak disiksa, berdasarkan firman Allah, (yang bermaksud), ”Seseorang tidak menanggung dosa yang dilakukan orang lain.”
Mereka mengatakan, bahawa bahagian dari kebiasaan orang Arab, mereka berwasiat agar diratapi. (Syarh Shahih Muslim, 6/228)
0 Comments