Hari ini penyanyi terkenal Nora Ariffin mengumumkan, dia telah selamat berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya iaitu Dr Rushdi Ramli (55) Pensyarah Kanan , Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya yang juga merupakan kawan baik arwah suaminya.
Namun, ada khabar yang tidak sedap didengar telah ditulis oleh netizen di ruang komen. Nora sebenarnya sudah lama berkahwin, namun baru mengumumkan pernikahan selepas suaminya menceraikan isteri pertama. Sambung netizen lagi, ia untuk menjaga nama baik Nora supaya tidak dilihat seperti merampas suami orang. Netizen turut memberitahu, info yang diperolehnya adalah daripada anak isteri pertama.
Walau bagaimanapun, diharap netizen bertenang dan tidak menuduh secara melulu sebelum mendengar penjelasan daripada Nora dan suaminya.
Semoga Nora dan suami dapat memberikan penjelasan terhadap kontroversi yang timbul. Kami doakan Nora dan suami dapat mengharungi liku alam rumah tangga kali kedua dengan sabar dan tenang.
1 Comments
Its not nice to lie to the public by hiding the truth. If this is true, hopefully the first wife redha and tabah hadapi dugaan and ujian.
ReplyDelete