Permata Seni: Tengku Zaleha Masih Ada Dua Anak Yang Meneruskan Legasi Seni Lakonan

Permata Seni: Tengku Zaleha Masih Ada Dua Anak Yang Meneruskan Legasi Seni Lakonan

 


Rupa yang manis berkulit putih itulah Allahyarhamah Saadiah, bakatnya digilap sampai menjadi dengan perwatakan manja selalu diimpikan jejaka yang bercinta dengannya, namun itu semua dalam lakonan filem. Antara filem yang meletup ketika tahun 1960 adalah Antara Dua Darjat, arwah Saadiah sendiri menjadi watak utamanya berganding dengan hero malaya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.



Diterbit dari studio Jalan Ampas Singapura pada tahun 1960 berkisar tentang cinta terhalang disebabkan antara dua darjat, seorang berketurunan bangsawan manakala cinta hatinya orang kebanyakan. 



Sinopsis - Antara Dua Darjat




Foto Ilham Repair Gambar Lama


Berkahwin Dengan Ahmad Daud


Beliau telah berkahwin dengan Datuk Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah (juga dikenali sebagai Ogy), Fazlina, dan Faizal. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.

Dikurniakan tiga anak Fauziah Ahmad Daud atau dikenali sebagai Ogy, Fazlin dan Faizal anak lelaki.



Ogy turut memaklumkan dia sentiasa akan mengingati pesanan juga titipan kata nasihat yang pernah disampaikan oleh arwah ibunya.

“Aku Disini Kerana Dia..

Aku Berjaya Sbg Anak Seni

Kerana Doa, Restu, Didikan Dia..

“Aku Jadi Rapuh Bila Dia Tinggalkan

Aku..Aku Bangkit Dan Teruskan Hidup Ini

Kerana Teringatkan Kata2 Dia..

“Aku Akan Menjaga Nama Baik Mu

Hingga Aku Dipanggil Pulang..

Mak..Fauziah Rindu…


Dalam pada itu, Ogy juga menyatakan dia sangat merindui mak beliau. 





"AKU kehilangan wanita tercantik yang aku sayangi... Dia wanita yang cantik segala-galanya - akhlaknya, imannya, tata tertibnya dan bakatnya. Malah dialah wanita yang mendidik anak-anaknya untuk menjadi seorang anak yang baik.''

Begitulah ratap Ogy.


Fazlina juga turut luahkan rindu kepada Allahyarham ibunya Saadiah






Genap 15 tahun pemergian primadona Datin Saadiah. Perkara itu dimaklumkan di salah satu entri instagram (IG) milik Fazlina yang meluahkan rasa ridu pada ibunya itu.


"Di mana, kan ku cari ganti... mungkinkah di Syurga... 15 tahun mak tinggalkan orang. Rindu Mak.


"Semoga Mak tenang di sana. Tunggu orang tau.. Al-Fatihah," tulis Fazlina di satu entri bersama gambar ibunya Allahyarham Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom.




Post a Comment

0 Comments