Surat terakhir tersebut ditulis oleh seorang pesakit sebelum meninggal dunia. Pesakit itu seorang wanita yang tinggal sebatang kara dan mempunyai anak OKU bisu. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau menitip pesanan kepada doktor.
"Doktor, saya minta tolong kafankan jenazah saya ini dihospital, sebab saya tidak ada keluarga. Ada seorang anak OKU Bisu, Imran namanya. Lepas kafan muka saya jangan ditutup, tunjuk kepada anak saya dan beritahu kepadanya, ibu Imran sudah mati.
Tolong telefon kepada orang ini"...
Terdapat senarai nama dan nombor telefon kenalan yang boleh dihubungi selepas wanita itu meninggal dunia. Ketika membaca surat tersebut cukup membuatkan netizen mengalirkan air mata. Perasaan sebak, hiba dan kesian bercampur. Semoga ibu Imran tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh amin ya Allah. Bagaimanakah nasib Imran? Tiada siapa yang tahu.
0 Comments